Thursday, April 9, 2015

KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROBOH GERAI BUKIT LANGAT!!

DULU masa zaman muda-muda semasa kerja di KL dan bermastautin di Lembah Jaya kerap juga melepak di sini. Meriah memang cukup meriah dengan kehadiran ramai anak muda tempat melepaskan tekanan waktu bekerja di siang hari.

Namun kini segalanya sudah lenyap. Bukit Langat atau lebih dikenali dengan nama Bukit Ampang yang menyajikan pemandangan Kuala Lumpur diwaktu malam sudah tiada lagi.

Ini ekoran daripada tindakan Pihak Berkuasa Negeri Selangor yang merobohkan gerai-gerai kecil milik MELAYU disepanjang jalan tersebut.

Katanya kerana dengan wujudnya gerai-gerai tersebut, mengganggu lalu lintas kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Alasan yang sama untuk merobohkan gerai MELAYU di seluruh Selangor.

Peniaga yang ditemui juga kecewa dengan tindakan kerjaaan negeri Selangor yang terus merobohkan gerai yang mereka bina lebih 10 tahun begitu sahaja tanpa sebarang notis atau sebarang kawasan bagi mereka meneruskan perniagaan bagi mencari pendapatan.

ZALIM!! ZALIM!!

Memang zalim dan bila pula kerajaan negeri Selangor berhati perut dengan orang Melayu?

Sedangkan Ustaz KAFA pun kena halau inikan pula hanya dengan merobohkan gerai kecil milik orang Melayu!


5 comments:

  1. mpaj mmg efisien sbb setiap kali ada aduan, kalau mpaj lambt sikit bertindak akan ada 'anjing' dtg menyalak dkt ofis dorg atas suruhan adun atau pembantu adun. kebanyakannya arahan pembantu adun la, sebab adun and mp busy buat benda peringkat nasional. Kawasan Bukit Ampang tu lalu ke perumahan mewah... Bukit Saujana atau Ampang Saujana ke apa namanya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah orang Selangor, ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN BIJAK, ANDA LAH MANUSIA YANG PALING CERDIK DAN PANDAI DI ALAM MAYA INI, JANGAN SALAHKAN SESIAPA, ANDA YANG TELAH MEMILIH.

    ReplyDelete
  3. dah tak ada kerja yang ada FAEDAH & menguntungkan?

    ReplyDelete
  4. Dengan org melayu dgn pantas kerja dilaksanakan cuba kalau bukan org melayu mmg tak berani punya. Itu untungnya org bukan melayu d tanah melayu. Org melayu yg zalimi bangsa sendiri termasuk org yg mengundi parti pakatan. Kalau nak roboh pun gantikan tempat sesuai dia org nak berniaga.

    ReplyDelete
  5. Itupun orang Melayu masih nak sokong. Sehingga mereka sendiri dihalau nanti barulah nak menyesal. Masa tu mulalah mencari semula apa yang telah dibuang dahulu.

    ReplyDelete

comment please.....