Wednesday, April 29, 2015

#PRKROMPIN : CUKAI GST HARAM, CUKAI CGT HALAL - TUAN IBRAHIM

SENANG jadi pembangkang. Agak tak puas hati dengan satu-satu perkara yang dibuat kerajaan, maka dihentamnya cukup-cukup. Tetapi apabila mereka nak buat perkara yang lebih kurang sama maka terus dihalalkan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, calon Timbalan Presiden Pas baru-baru ini berceramah di Rompin memberitahu kepada ahli Pas Rompin bahawa jika Pas memerintah Malaysia maka GST akan dihapuskan kerana HARAM.

Pas akan memperkenalkan Cukai CGT yang halal kerana pendapatan negara bakal dijangka lebih tinggi iaitu RM3 bilion berbanding GST hanya RM2.3 bilion sahaja.

Jadinya apa beza Pas dengan Umno sekarang yang masih juga akan mengenakan cukai kepada rakyat malah dengan kutipan yang tinggi yang juga bermakna kutipan cukai daripada rakyat juga akan lebih tinggi. Mungkin bukan 6% cukai yang dikenakan kepada rakyat malah 20% cukai bakal dikenakan kepada rakyat jika Cukai CGT diguna pakai.

Jadi seperti HarakahDaily.net 'Pengutip cukai berada di dalam neraka'.

Pemimpin Pas dahulu akan kena masuk dalam neraka. Bukan begitu?

3 comments:

  1. Pas tak boleh dipercayai, dulu jika tolak hudud terus jatuh kafir, makan dan sembelihan haram dimakan, iman dengan org Umno tak sah dan berbagai lagi. sekarang jika tolah hudud oleh puak dia...tak apa, hatta nak makan babi pun lebih baik dr makan dgn puak Umno. HUDUD hanya 0.01% dr tuntutan Al Quran yang penting negara berkebajikan. Dulu kalau perintah, kilang Arak KAT Shah Alam nak ditutup..negeri dia org perintah tapi habuk...hipokrit. Mcm mana org nak percaya, video lucah pemimpin dia org pun tak nak percaya walaupun muka suara dah sebijik..lapuran polis pun tak boleh...nanti lagi malu...so buat diam aje harap-harap org tak bercakap lagi...

    ReplyDelete
  2. Nak buat CGT, tapi tak pernah ingat apa yang terjadi sekitar tahun 1997-1998 dulu. Pasaran saham Malaysia pun jatuh dari 1200 ke hanya 200++, masa tu ramai pemain saham pun tak mau masuk bursa saham malaysia. Kalau terjadi sekali perkara seperti tu, ko nak kutip cukai macam mana...????? Buat ceramah banyak-banyak sambil kutip derma untuk bayar gaji kakitangan kerajaan dan pembangunan ke???

    Cakap mudah la... nak buat highway prepaid kat kelantan pun tak mampu....!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. PAS ni cuma pandai cakap aje..cuba tunjukkan bukti berapa banyak pembangunan yg kau buat di kelantan selama kau orang perintah...PAS MEMANG SIAL.

    ReplyDelete

comment please.....