Sunday, November 18, 2012

TERKINI: KETUA PEMUDA PERLIS TARIK BALIK PERLETAKKAN JAWATAN.


Selepas tiga hari mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti, Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff menarik balik hasratnya itu, petang semalam. 

Keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. 

Tanpa menjelaskan apa yang dibincangkan, Mohsin berkata, penarikan balik peletakan jawatan itu adalah demi perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN). 

Penarikan balik peletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perlis adalah berkuatkuasa serta-merta. 

"Setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, saya dengan ini menarik balik hasrat peletakan jawatan serta merta demi perjuangan Umno dan BN. Hidup Umno'," katanya ringkas di laman sosial Facebooknya, semalam. 

Kelmarin beliau menyatakan hasratnya itu kerana sudah penat dan ingin berehat daripada politik. 

Beliau hanya melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno sahaja, namun masih lagi ahli Umno. 

Dalam kenyataan itu juga, beliau tidak menyatakan peletakan jawatan lain yang disandangnya, antaranya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. 

Mohsin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar adalah seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji sebelum berundur terus daripada perkhidmatan kerajaan bagi beri sepenuh tumpuan terhadap kerjaya politik.

1 comment:

comment please.....