Sunday, November 18, 2012

ISU SELANGOR: KERAJAAN PKR TERUS MEMPERJUDIKAN RAKYATNYA!!


Setiap hari persekolahan, kira-kira 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights dan Sekolah Kebangsaan Prima Selayang yang tinggal di Taman Prima Selayang di sini mengambil risiko ketika menyeberangi sebuah jambatan besi di situ untuk ke sekolah.

Ini disebabkan, jambatan sepanjang kira-kira 20 meter itu sudah terlalu uzur dan bergoyang-goyang setiap kali dilalui mereka memandangkan usianya yang sudah 10 tahun.

Seorang penduduk, Tony Rajaram, 51, berkata, jambatan tersebut turut digunakan penduduk lain untuk ke pasar malam berdekatan pada setiap Jumaat.

"Jambatan ini adalah laluan pintas pelajar kerana jalan utama untuk ke sekolah terlalu jauh. Pada waktu malam penduduk hanya berbekalkan lampu suluh memandangkan keadaan yang terlalu gelap," katanya ketika ditemui pada program lawatan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Selayang, Jessie Ooi.

Dia mendakwa, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari Parti Keadilan Rakyat pernah berjanji untuk menggantikan jambatan baharu sebelum ini tetapi perkara itu masih tidak menjadi kenyataan.

"Malah, kami hanya berjumpa dengan beliau di pejabatnya dan beliau langsung tidak turun padang untuk membuat tinjauan," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Tajudin Ishak, 54, berkata, mereka turut bimbang dengan kejadian tebing sungai berdekatan yang runtuh ekoran arus sungai deras terutama pada musim hujan.

"Tebing sungai itu juga berdekatan dengan tempat meletak kenderaan dan kami risau semakin hari runtuhan menjadi semakin teruk," katanya.

Tambah Mohd. Tajudin, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan tetapi masih tiada maklum balas sehingga kini.

Dalam pada itu, Jessie berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk mengenai kawasan meletak kenderaan yang berlubang dan dipenuhi air setiap kali hujan.

"Malah, hanya jalan utama diturap semula dan ini menyebabkan kawasan meletak kenderaan berada pada kedudukan lebih rendah.

"Saya akan membuat tindakan susulan dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana kawasan ini juga tidak dijaga dengan sempurna dan kelihatan sangat uzur.

"Mustahil, MPS tidak mengetahui masalah ini kerana taman ini hanya berada di tepi jalan utama untuk ke Rawang," katanya. -sumber

No comments:

Post a Comment

comment please.....