Saturday, November 17, 2012

TERKEJUT!! PAS SANGGUP MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM DEMI PARTI!!

Perkara yang tak masuk akal. Selama aku hidup, ini pertama kali ada orang Islam mendoakan kehancuran kepada orang Islam dek kerana demi untuk merampas Putrajaya. Apakah ini semua?

Hairan bin ajaib apabila yang mengimamkan doa dan solat hajat tersebut adalah individu yang datangnya dari parti konon Islam. Lebih malang lagi apabila kesemua umat Islam yang hadir turut mengaminkan doa tersebut.

Inikah ajaran Islam yang dibawa oleh parti berkenaan yang dahulunya bersungguh untuk menegakkan Islam tetapi kini matlamat telah menghalalkan cara. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin mereka bersetuju dan menyokong perbuatan mereka yang secara jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang diterapkan.

Jika dimasjid-masjid seluruh dunia mendoakan kehancuran Israel Zionis, tetapi tidak di Stadium Mohammad IV. Mereka lebih mengutamakan kehancuran kerajaan Islam sedia ada dari kehancuran Israel yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin.

Beginikah cara Islam dididik di dalam PAS?

No comments:

Post a Comment

comment please.....