Salam semua rakyat Malaysia samada di dalam atau di luar negara. Yong hari ini akan mengutarakan komen yang agak bertepatan dengan tajuk artikel Yong semalam berkenaan PKNS. Harap kalian dapat lah menilai sendiri pendapat orang tempatan tentang Kerajaan Selangor yang diperintah oleh PR sekarang. Komen ini bukan dari Yong tetapi dari salah satu akhbar yang terpaksa di rahsiakan. Kalau nak tahu lebih lanjut kena la cari sendiri ye.
"Kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak ubah seperti 'anjing menyalak bukit'. Mereka bising sekiranya ada isu yang memberi kelebihan politik kepada mereka. Sebaliknya jika isu lain, mereka akan berdiam diri. Sikap 'talam dua muka' itu memang sudah dijangkakan. Contoh, bila kerugian Yayasan Selangor dan penyelewengan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didedahkan, mereka hanya diam seribu bahasa. Macam beruk sakit gigi pun ada. Masing-masing tidak bersuara. Cuba jika melibatkan Barisan Nasional (BN), mereka akan melalak macam anjing nampak hantu. Universiti Selangor yang hampir nazak pun masih tidak mengaku tetapi menyalahkan BN. Inilah yang perlu rakyat tahu. Kerajaan negeri pembangkang sebenarnya tidak tahu mentadbir tetapi suka menyalahkan orang lain bila kelemahan mereka didedahkan."-JOE JAMBUL, Sungai Tengi.
"Masyarakat yang amanah jangan kompromi dengan mereka yang terlibat dengan salah guna kuasa. Pemimpin yang diberi amanah juga perlu melaksanakan dengan tanggungjawab. Akibat salah guna kuasa boleh menyebabkan negara musnah. Lihat apa yang berlaku kepada Yayasan Selangor yang mengalami defisit RM7.41 juta kerana ditadbir oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Hairannya sehingga sekarang masih tiada apa-apa tindakan kepada individu berkenaan. Pemimpin negeri pula hanya pejam mata kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh kroni."-BENCI HIPOKRASI, Kelana Jaya.
No comments:
Post a Comment
comment please.....