BAHAWA Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 3 Disember 2010 telah membuat ketetapan iaitu:- Perbuatan orang bukan Islam membaca dan menghuraikan ayat-ayat suci al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan ikhlas dan jujur adalah satu kesalahan menghina kesucian Kitab Suci itu. Ia termasuklah perbuatan membaca ayat al-quran oleh penceramah politik bukan Islam dipentas ceramah dan kempen kerana ia mendatangkan keraguan dan fitnah dalam masyarakat. Ketetapan ini adalah bertujuan melindungi dan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam perkara 3 Perlembagaan Negara. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap sesiapa yang berniat mahu melukakan hati penganut Islam.
No comments:
Post a Comment
comment please.....