Wednesday, September 11, 2013

WAJIB HADIR!! PM BAKAL UMUM PELAN EKONOMI BARU BUMIPUTERA!!

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah dalam usaha memperkasa dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara Sabtu ini.

Pengumuman khas berkaitan pemerkasaan bumiputera yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu antaranya akan menyentuh modal insan, peluang perniagaan dan juga sektor pelaburan bumiputera.

Untuk rekod, 67% daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah bumiputera.

Sehingga 2011, jumlah kemiskinan bagi bumiputera semakin berkurangan daripada 64.8% pada 1970 kepada 2.2%.

Manakala pemilikan ekuiti oleh bumiputera pula meningkat kepada 23.5% 2011, berbanding 2.4% pada 1970.

Kerajaan juga katanya, mensasarkan pemilikan ekuiti oleh bumiputera mencapai 30% menjelang 2020.

SEMUA DIJEMPUT HADIR KE SEMINAR EKONOMI BUMIPUTERA
14 SEPTEMBER 2013, JAM 8.30 PAGI DI UiTM SHAH ALAM

Dijangka juga Perdana Menteri akan mengumumkan plan ekonomi baru bagi orang Melayu dan Bumiputera. Satu pelan yang tepat pada masanya bagi memastikan ekonomi negara dimonopoli pula oleh orang Melayu dan Bumiputera.

11 comments:

  1. MENGAPA HANYA 30% TIDAK 70% SEDANGKAN PENDUDUK BUMIPUTERA MELEBIHI 70% PENDUDUK MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadir Sabtu ini di UiTM Shah Alam dan dengar sendiri dari Perdana Menteri....

      Delete
  2. Mcm mana nak capai 70% kalau minda bumiputera sendiri yg tidak mahu menyokong perniagaan bumiputera yg lain.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya 70%, bukan hanya 30%. Macam tak serius aje nak menaikkan ekonomi bumiputera, dari dulu mentaliti macam itu aje. Berubah la sikit strategi dan sasaran tu, zaman dah berubah.

    ReplyDelete
  4. sekurang-kurangnya! 30% mangkuk

    ReplyDelete
  5. Najib cakap aje lebih. Agensi2 kerajaan semuanya menganaktirikan peniaga bumiputera dan mengutamakan peniaga cina. Kita dapat tengok disekeliling kita.

    ReplyDelete
  6. Kita org Melayu seharusnya mengecapi nikmat kemerdekaan negara secara total bukan sebaliknya ......... fikir2lah

    ReplyDelete
  7. Kalau nak kerajaan membantu bumiputra dengan lebih berkesan kuasa politik bumiputra mestilah dikukuhkan dahulu, kalau kuasa politik bumiputra kuat senanglah kerajaan membuat perancangan yang besar tanpa ada yang membantah, ini tidak bila kerajaan melakukan sesuatu pembaharuan ada sahaja melayu yang menyanggah, kaum lain lagi lah menambah nambah. Tiada tempat lain dalam dunia yang kerajaannya membantu rakyatnya terutama bumiputra dengan pelbagai bantuan, namun kalau kaum itu sendiri yang ambil mudah tentulah mereka akan gagal. Serupa juga macam kita manusia ni, diutuskan Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke akhirat dengan Kitab dan Hadis, namun berapa ramai manusia yang gagal dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah. Jangan salahkan orang lain apabila kita gagal dalam kehidupan ini salah diri sendiri. Kerajaan itu sendiri adalah terdiri dari rakyat jelata, kalau rakyat tidak mahu berusaha, tidak mahu bersusah payah, tidak mahu menimba ilmu asyik meminta minta macam mana negara akan berjaya.

    ReplyDelete
  8. kalau macam ni gayanya orang Melayu berfikir...jangan nak dapat 30% penguasaan ekuiti, 1% pun belum tentu..kerja asyik nak cari salah orang lain je..cuba fikir kepentingan bersama, jangan fikir kepentingan individu...

    ReplyDelete
  9. Berita yg agak menarik,kita tengok plan dan halatuju dasar ekonomi baru bumiputra.Barulah kita bagi comment kaw2 punya.

    ReplyDelete
  10. banyak yg x sampai ke sasaran.samada yg memberi ataupun yg menerima

    ReplyDelete

comment please.....