Friday, September 13, 2013

ROS BELUM TERIMA SURAT PENGAKUAN PERWAKILAN DAP YANG TIDAK HADIR!!!

Pendaftar Pertubuhan (ROS), sehingga dua hari lepas, masih belum menerima walaupun satu daripada 500 surat pengakuan asal perwakilan DAP yang didakwa ditandatangani perwakilan yang sudah diketahui umum sebagai tidak hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 15 Disember lepas.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata surat tersebut perlu disegerakan bagi membantu ROS menjalankan siasatan ke atas aduan yang dibuat oleh anggota DAP yang mahukan pemilihan semula diadakan.

Beliau berkata keengganan pemimpin DAP menyerahkan surat tersebut dilihat sebagai ketidaksungguhan mereka menyelesaikan isu itu bahkan menambah kerumitan. 

"Surat yang diuar-uarkan pemimpin DAP itu dihantar dengan tangan baru-baru ini ialah sekadar surat keakuran mereka mematuhi keputusan ROS (supaya diadakan pemilihan semula CEC) sebagaimana dinyatakan dalam surat ROS bertarikh 30 Julai lepas.

"Walaupun demikian, ROS masih belum mendapat maklumat rasmi mengenai pemilihan semula ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Abdul Rahman berkata ROS dalam suratnya telah mengingatkan pemimpin DAP untuk melaksanakan keputusan ROS mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan DAP supaya kemelut yang dihadapi tidak berlarutan.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu.

Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.

DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan berbuat demikian.

p/s: Joseph Guan Eng macam nak elak pemilihan semula CEC je kenapa ek? Takut hilang jawatan ke atau nak pasang strategi baru menyingkirkan perwakilan India dan Melayu dan seterusnya akan kekal menguasai DAP sebagai hak milik orang Cina.

No comments:

Post a Comment

comment please.....