Wednesday, August 14, 2013

KEMPEN PAKAI SONGKOK PADA HARI TAYANGAN TANDA PUTERA!!!

Kami bersama 15 page facebook yang lain akan melancarkan 'Kempen Pakai Songkok' untuk hari penayangan Tanda Putera pada 31 Ogos 2013, Sabtu ini di Pawagam Kuala Lumpur. Lokasi Shopping Mall akan diupdate kemudian kerana kami masih berurusan dengan Pengurus Pawagam untuk mendapatkan tempat seat yang paling banyak/luas supaya kita semua mudah berkumpul dan yang paling penting kita dapat tayangan masa yang cantik/fixed supaya mudah anda semua book online/membeli tiket awal untuk 31 Ogos 2013 ini (tiket wayang tajaan sendiri). 

Anda semua diminta berkumpul 30 minit sebelum tayangan bermula di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan dapat kita bertegur sapa.Jadi pada hari penayangan nanti, kita semua akan berlegar-legar dengan memakai songkok di tempat menunggu wayang, baik yang sedang membeli tiket memakai songkok, membeli makanan wayang memakai songkok, sedang menunggu di perkarangan memakai songkok. Dan kita akan tangkap gambar bersama-sama sebelum/selepas wayang untuk kita postkan di FB nanti. Jadi mulai hari ini semua bersiap sedia untuk book online/beli tiket awal yang akan kami umumkan Lokasi Shopping Mall dan masa penayangan dalam masa terdekat. 

Jika anda malu untuk memakai songkok dari rumah pada 31 Ogos 2013, tidak mengapa kerana anda boleh simpan dahulu di beg silang dan pakai sahaja apabila anda sampai di tempat Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami umum dalam masa terdekat ini.

Kami juga memohon pada anda yang tinggal di negeri lain, jika tidak keberatan dan mampu, silalah datang ke Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami update nanti. Kepada yang tidak dapat turut serta ke Pawagam Kuala Lumpur, jika anda berani untuk pakai songkok pada 31 Ogos 2013 ini di negeri anda, anda boleh turut serta untuk memakainya di Pawagam berdekatan kawasan anda. 

Cuma kami bersetuju memilih di Pawagam Kuala Lumpur kerana ia mudah sebagai pusat perjumpaan.Tarikh: 31 Ogos 2013, SabtuTempat: Pawagam Kuala Lumpur

Masa: Slot tengah hari - petang***Berkumpul 30 minit di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang sebelum bermula masa tayangan***Sentiasa bersedia untuk membuat membuat tempahan awal seat wayang selepas kami umumkan lokasi tempat dan masa.

Tujuan kita beramai-ramai memakai Songkok adalah untuk memperingati jasa jasa Askar dan Pejuang Melayu yang telah mempertahankan Tanah Melayu ini, sesuai dengan pemilihan tarikh 31 Ogos 2013 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. 

HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !! HIDUP MELAYU !!

Walaupun tarikh pertama penayangan adalah 28 Ogos 2013, tetapi 28 Ogos 2013 dilihat kurang sesuai kerana ianya hari bekerja. Kami pasti dengan pengumpulan orang Melayu kali ini, pasti akan ada pihak disana yang tidak suka kita berkumpul memakai Songkok dan mereka pasti akan panas dengan tindakan kita untuk bersatu ini.

8 comments:

  1. Idea yg. sungguh BERNAS Jawa Bernam! Harapnya dpt mengembalikan semangat NASIONALISMA/PATRIOTISMA kpd. jenerasi muda. Saya cuma nak cadangkan supaya tambahkan juga "pejuang Kemerdekaan dari BUMIPUTERA Islam/Melayu dan Bumiputera lain", demi menaikkan semangat patriotisma tersebut juga di Sabah dan S'wak. Ini hanya idea saya, tak terima, ta apa!

    Walaubagaimanapun, moga usaha muliamu ini akan dilindungi dan diberkati ALLAH SWT kita, demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara, yg. makin dihina dan dipijak akibat sifat TAMAK/BONGKAK tak kesudahan CINA RASIS DAPigs/PKR!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi nasi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering, yg. adalah masakan kegemaran saya!).

    ReplyDelete
  2. Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

    Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

    Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

    Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

    kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

    Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

    Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

    Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azeez Rahim patut disingkirkan atau dia sendiri letak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji . Tanda-tanda sakauan bermula apabila gaji dinaikkan bagi anak syarikat Tabung Haji yang tak buat untung dekat Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Takkan nak diam je kott??? Jangan dibiar lama2 , duit rakyat tuuu

      Delete
    2. Kau ni memang meroyan. Setiap blog kau tulis pasal Azeez Rahim. Apakah kau tidak punya perasaan malu? Kau ke nak jawatan tu? Yang kau meroyan tu kenapa? Kau tulis le kat PM, kasi fakta. Setakat meroyan macam jantan gila jubor macam nuar tu pehal?

      Delete
  3. Kempen pakai songkok? Usaha yang yang amat baik untuk mengembalikan nostalgia serta jati diri orang Melayu yang makin hari makin luntur dan lentur dek asakan budaya entah apa apa, tapi bertentangan dengan adab Melayu dan Islam yang kita anuti.

    ReplyDelete
  4. setujuuuu............ nak join skli

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sokongan kepada Tanda Putera. Harap dapat hantar alamat emel kepada pesonapix@gmail.com untuk kami hubungi.

    Salam

    ReplyDelete
  6. JAWA BERNAM !!!

    KAMU SUNGGUH BERNAS !!!

    TAPI SAYANGNYA TIDAK BERPENGARUH..

    APA KATA, KAU SURUH TUN M BUKA MULUT, KALO TUN M JADI JURUCAKAP KAU, KEMPEN INI KOMPOM2 MELETUP...

    KALO SETAKAT KAT BLOG INI JE..

    MELETUP MCM MERCUN BAWANG JE.... HEEHEHEH

    JGN MARAH....NI SEKADAR IDEA AKU....

    ReplyDelete

comment please.....