Monday, June 3, 2013

SAMPAI BILA KITA PERLU MENGENANG KEPUTUSAN PRU13.......

BULAN Mei sudah mula melabuhkan tirainya, selamat datang kepada bulan Jun yang bermakna kini sudah masuk sebulan pilihanraya ke-13 berlangsung dan melihatkan Barisan Nasional menang 133 kerusi parlimen lalu boleh membentuk kerajaan Malaysia. Pada PRU13 juga Malaysia dikejutkan dengan 'Chinese Tsunami' yang sedikit sebanyak menggoncangkan parti Barisan Nasional dengan hanya 5-10 peratus sahaja undi dari masyarakat Cina yang BN perolehi dan majoritinya yang terlingkup adalah di kawasan bandar/pekan.

Masa berkabung, merintih, mengenang nasib sudah berlalu, kini mulakanlah tugas-tugas seperti biasa. Kalau hendak berhimpun, berdemonstrasi biarkanlah PDRM dan KDN yang menjalankan kerja. Kenapa kita perlu turut serta melatah melebihi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat? Biarkan mereka bekerja pula untuk rakyat setelah mendapat mandat daripada rakyat sendiri. Kita dari akar umbi ini tak akan jadi kaya atau senang pun dengan mengadu domba pemimpin sendiri. Kita tak akan pernah merasa hidup senang kalau setiap hari asyik nak memberi komen atau menegur pemimpin sendiri. Biarlah mereka buat kerja. Mereka dibayar untuk itu.

Terkadang berasa semangat dan terkadang kecewa dengan sikap pejuang akar umbi yang berada di media sosial untuk mempertahankan Barisan Nasional. Untuk melawan, menangkis fitnah yang diutarakan oleh pihak 'Red Bean Army DAP' aku sokong 100% dan jika perlukan bantuan aku sudi membantu tetapi kalau setakat masih nak menyalahkan kerajaan atas kemerosotan sokongan terhadap BN, kekalahan di Selangor, Kelantan dan Penang baik berhenti dahulu kerana sekarang adalah masa untuk bekerja. Cari jalan, cari formula bagaimana nak menaikkan semula sokongan rakyat terhadap BN. Bukan hanya gah di media sosial tetapi apabila dibawa ke mesyuarat hanya cakap merapu meraban. Buktikan kepada kepimpinan kita yang pejuang media sosial bukanlah seorang yang hanya berani bercakap di sebalik monitor, tunjukkan yang pejuang media sosial juga boleh berjuang di alam nyata dengan membantu apa yang perlu.

Rasanya cukuplah kita menyerang pemimpin-pemimpin sendiri. Aku masih percaya semua wakil rakyat yang dipilih adalah pemimpin yang terbaik dan boleh diharap. Aku juga percaya yang mereka ini semua boleh membuat kerja mereka sendiri seperti yang rakyat mahukan. Tidak perlu dipertikaikan lagi, tidak perlu dipandang serong lagi. Biarkan mereka bekerja. 

Sekarang apa yang perlu kita lakukan hanyalah membuat kerja masing-masing. Carilah rezeki yang halal. Bangunkan ekonomi Melayu. Jangan hanya pandai cari salah orang, salah sendiri hingga anak bini terabai dirumah tak dipersoalkan. Aku percaya masih ramai lagi penyokong/pengundi pakatan yang berada di dalam pejabat-pejabat kerajaan khususnya di Putrajaya. Itu semua adalah mengikut kebijaksanaan para menteri yang dilantik, jika mahukan kerajaan BN ini terus kekal teguh di Malaysia lakukanlah sesuatu, jika tak mahu pada PRU14 akan datang In Shaa Allah kerajaan Barisan Nasional akan terkubur terus.

Aku menulis bukan ada kepentingan, aku hanyalah seorang rakyat yang prihatin. Aku juga seperti anak muda lain yang masih mencari masa depan, masih mencari sinar kehidupan. Janganlah labelkan aku sebagai pembangkang pakatan, aku hanyalah pembangkang dalam BN dan darah merah aku masih mengalir darah pejuang. Mungkin atas medium yang berbeza, tetapi percayalah yang walau kita berada di luar atau dalam alam maya perjuangan kita masih sama. Tidak perlu lagi bertelagah sesama sendiri. Aku percaya kerajaan BN yang kini mula sedar dan akan mencari formula terbaik untuk rakyat Malaysia. Satukan hati, satukan jiwa.

Sampai bila kita perlu bersedih mengenang keputusan PRU13.......

4 comments:

  1. Saya tertarik dan terbawa dalam mengenangkan PRU13.

    Biarlah mereka2 yg telah dipilih menjalankan tugasan yg telah diamanahkan demi kesejahteraan bangsa ugama dan negara khasnya.

    Khas untuk BN/UMNO saya nak kaitkan sekali lagi urutan dan kerja2 selepas PRU13.

    Saya seorang pengundi PUTRAJAYA dan penyokong TEGAR BN/UMNO.

    Semasa kempen PRU13, saya sendiri telah menerima 2 kali panggilan talipon dan 2 SMSes dari PAS bertanyakan pendapat dan pencalonan PAS di sini,

    Peliknya DIMANAKAH Pas mendapat no talipon saya.

    DUKACITANYA saya tidak dapat sebarang hubungan dari UMNO/BN Putrajaya. (Ini diPutrajaya bukan ditempat lain yg barangkali sukar dihubungi).

    BAYANGKAN.

    -bayangkan kalau saya ini saorang fence sitters. The rest is history.

    Saya cadangkan pekerja2 pejabat BN/UMNO supaya dapat talian HP/Phone/Email etc dikawasan masing2 dan mula bekerja kearah PRU14. Sedia bank data dan "blast" all the necessary info/updates kpd rakan2 pengundi sehingga PRU14.

    (Kalau dah buat tahniah le). Jgn bila bos tanya semua ok pada hal KO

    Ini juga applicable dikawasan yang lain.

    Dapatkan anak2 muda yang baru untuk mendaftar sebagai pengundi dan seterusnya "MENGHUBUNGI" mereka.

    Usaha2 ini sepatutnya berterusan.

    Kpd Bos2 - tolong pastikan kerja2 dijalankan dan dipantau.

    Macam WAR ROOM juga- mana yang engkar BUANG aje dan dapatkan mereka yang betul2 hendak berkerja dan berkhidmat.

    Semoga BN/UMNO masih lagi di PUTRAJAYA di PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  2. Betul...aku setuju sangat....
    Habis Tempoh kempen PRU13....Senyap terus....

    Nak ambil masa 4 tahun rehat ke.....tahun ke 5 bila PRU14 bakal menjelma baru nak gerak balik...

    Persiapan raya ( terutama Aidil Fitri ) pun 2-3 bulan sebelum raya dah mula buat...pasti dah ada yang pi tempah baju raya kan....? Hnaya untuk sambutan 2-3 hari....

    PRU14 ...keputusannya akan memberi kesan untuk selama-lamanya.....BN bila nak buat Persidangan luar Biasa? ...macam kat Bukit Jalil tu....

    ReplyDelete
  3. Ah Jib Gor has been stabbed in his back by the scheming Chinese who gleefully lined up to accept the BR1M cash handouts of RM500 all over the country twice whilst pretending to want to support Najib's hollow slogans of 'Satu Malaysia!'

    But the irony of all these treachery seems to be lost on Najib Tun Razak as he keeps trying to woo the Chinese or namely the Malaysian Opposition by still kowtowing to their incessant demands for the abolishment of this and that security apparatus or subjugating the Elections Commission to their every whim and fancy!

    The Malaysian Opposition have succeeded in getting the Elections Commission to be under the Parliament's watch now!
    NAjib :- What other remaining Malay rights can I surrender next?'

    ReplyDelete
  4. Kesian Anonymous No 1 - tiada siapa yang "menyahut: rintihan beliau" setelah beberapa hari issue ini diketengahkan. Harap beliau bersabar.

    Agaknya UMNO Bahagian PUTRAJAYA telah "dibubarkan" selepas sahaja menang diPRU13 baru2 ini.

    Atau mereka sedang dan masih lagi "merayakan" kemenangan tempoh hari. Perayaan mereka mungkin disambut sehingga minggu PRU14 nanti.

    Atau mereka tidak ambil "pot" perkara remeh temeh sebegini. Mereka lebeh cenderong untuk "bertanyakan", menunggu dan :mengharapkan "imbohan" yang lebeh nilainya dari Pemenang.

    Dimaklumkan ada ramai lagi pengundi2 diPUTRAJAYA yang sewaktu dengan Anonymous 1 yang juga sedang memerhatika/menunggu perkembangan issu ini.

    Adakah UMNO Bahagian PUTRAJAYA berminat atau sebaliknya?



    ReplyDelete

comment please.....