Monday, June 3, 2013

KENAPA PERLU SALAHKAN ORANG LAIN?? ADAKAH ROSMAH TURUT BERSALAH??

Bila membaca analisa yang dibuat kononnya oleh orang-orang yang hebat dalam bidang poltiik tempatan ataupun antarabangsa,tidak ada sebaris pun nama Rosmah dikaitkan tetapi sebelum PRU13 nama Rosmahlah meniti dari bibi ke bibir sebagai orang yang boleh menghancurkan politik PM Najib dan juga kegagalan Barisan Nasional hingga ada yang berani mengatakan BN bakal tumbang kerana isteri Najib adalah Rosmah.Apa sahaja Rosmah lakukan semua tidak kena dimata mereka..

Betul, kita setuju mulut manusia tidak boleh ditutup tapi bayangkanlah bertahun-tahun nama Rosmah dicerca dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik dan juga penyokong Barisan Nasional,berbagai peristiwa Rosmah dijadikan isu politik dan berbagai-bagai kejadian dikaitkan dengan Rosmah dengan bertujuan bukan sahaja memalukan Rosmah tetapi memberikan tekanan kepada perjalanan politik PM Najib menyusun parti serta mengurus Negara.

Setiap perbuatan Rosmah dikritik hebat kononnya boleh menjadi liabaliti kepada Najib dan kerajaan,setiap  tindakan maupun langkah Rosmah sentiasa dijejaki bagi mencari peluang menyerang Najib dan kerajaan tetapi bila keluar sahaja keputusan PRU13 ternyata semua pihak mengakui bahawa bukan Rosmah yang salah,Rosmah bukan isu tetapi isunya adalah PM Najib menerima nasihat yang salah daripada Penasihat-Penasihat yang mengelilingi beliau,baik di peringkat agensi,War Room ataupun diperingkat R&D beliau.

Sekian lama para pengkritik berdosa mengaitkan Rosmah, menuduh Rosmah, memperlekehkan usaha Rosmah melalui program PERMATA dan apakah dengan keputusan PRU13 ini tidak timbul keinsafan di hati sesiapa pun yang pernah mencerca baik secara berdepan atapun di belakang Rosmah untuk memohon maaf kerana menjangkakan BN akan kehilangan kerajaan kerana beliau isteri Perdana Menteri. Baca lagi di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....