Sunday, April 14, 2013

PAKATAN BERPECAH!! PERTANDINGAN TIGA PENJURU BAKAL BERLAKU DI SELANGOR!!


Pengumuman calon PKR Selangor yang dijadual malam ini akan menjadi penentu pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Kota Damansara dan Semenyih apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertegas untuk bertanding atas lambang parti sendiri.

Setiausaha Agungnya S. Arutchelvan yang dihubungi Antarapos berkata, setakat ini perbincangan dua hala antara PSM dan PKR menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak disarankan untuk kembali berbincang dengan parti masing-masing mengenai hasrat berkenaan.

Beliau berkata PKR sepatutnya memberi peluang kepada PSM untuk bertanding menggunakan lambang sendiri di kerusi-kerusi tersebut memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengiktiraf mereka sebagai parti yang sah.

Namun cadangan tersebut dinafikan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dengan alasan PSM bukan rakan komponen Pakatan Rakyat dan bertegas mahu meletakkan calon PKR di semua kerusi terbabit.

Pada pilihan raya umum 2008, calon PSM bertanding menggunakan lambang PKR dan menang di kerusi Parlimen Sungai Siput (Dr Micheal Jeyakumar) dan DUN Kota Damansara (Dr Nasir Hashim).

Manakala kerusi Semenyih ditandingi oleh Arutchelvan kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,140 undi.

"Semalam kita adakan mesyuarat dengan kepimpinan PKR dan kita masih cuba menyelesaikan masalah ini kerana masalah ini sehingga kini belum dapat diselesaikan.

"Sebenarnya malam ini PKR sepatutnya mengumumkan calon-calon di Selangor, kalau PKR umumkan di tempat PSM mahu tanding itu, maka rundingan dikira gagal. 

"Kalau tidak mengumumkan maksudnya kita akan terus berunding," katanya lagi.

Mengulas lanjut Arutchelvan berkata PSM bersedia bertolak ansur untuk menggunakan lambang pakatan pembangkang di kerusi Semenyih dan Jelapang yang sebelum ini kalah, namun mahu bertanding menggunakan lambang parti itu di kerusi DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput yang dimenangi.

"PSM sedia bertanding dengan logo Pakatan di kerusi-kerusi lain tetapi kita juga mahukan bertanding dengan logo sendiri di kerusi Kota Damansara dan Sungai Siput.

"Calon kita yang menang dalam pilihan raya yang lalu kita harap dibenarkan bertanding dengan logo kita sendirilah," ujar beliau lagi. - AP

4 comments:

  1. Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha...

    http://goo.gl/D9o9r

    ReplyDelete
  2. UMNO takde kena mengena dgn video Anuwar,Stopa Ali, Azmin Ali dan Eli Wong, lah pencacai PR bodoh!! itu semua kerja orang PR sendiri yg gila kuasa. Apa kejadahnya main bersedap-sedap, kena perangkap dgn geng sendiri, lepas tu nak lepaskan diri tuduh UMNO.

    ReplyDelete
  3. Kantoi dengan Dr. MIM pasal pelakon spender putih..

    Hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau sokong PKR mesti kaki bontot
    yg sokong PAS kaki budu (BUrit dan DUit)
    yg sokong DAP kaki pelacur & kaki judi & kaki babi hehehe
    elok ambik spender gajah stopali rebus dan kasi minum semua penyokong bangang dan bangsat dlm PR !!!

    ReplyDelete

comment please.....