Sunday, April 14, 2013

DEDAH!! PERJANJIAN SYAITAN ANTARA KHALID GAGAP DAN IDRIS AHMAD!!

SUDAH heboh diruang-ruang media bahawa Khalid Gagap bakal meninggalkan kawasan DUN Ijok yang pernah dimenanginya pada PRU12 2008 dahulu dan akan berhijrah ke DUN Pelabuhan Klang yang sebelum ini disandang oleh Badrul Hisham (PKR) yang dipecat kerana tidak hadir sidang DUN.

Masih tidak dapat mengagak strategi apa yang ingin dimainkan oleh Khalid Gagap tetapi beginilah keputusan yang diambil setakat hari ini. Di DUN Ijok pula, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad telah bersetuju untuk balik ke kampungnya setelah bertahun-tahun tidak menjejakkan kakinya di Ijok.

Adakah orang Ijok sudi menerima seorang calon yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepda kemajuan kampung? Adakah selama 5tahun memerintah, Ijok sudah maju seperti yang digembar-gemburkan.

Dua malam sudah, mengikut maklumat risikan yang diterima Dr. Idris Ahmad ini telah mengadakan satu majlis untuk mengumpulkan saudara-maranya yang berada di kampung Ijok dan memperkenalkan Dr. Idris Ahmad sebagai calon PKR yang akan bertanding di bekas jajahan Khalid Gagap ini.


Khalid Gagap juga dikatakan sedang rancak mengatur gerak dalam kempen di DUN Pelabuhan Klang. Khalid dikhabarkan juga sudah masuk surau ke surau sekitar DUN Pelabuhan Klang sejak beberapa minggu sebelum ini dan sekaligus memperkenalkan beliau kepada orang kampung sebagai calon yang layak.

Perkara ini juga tidak disenangi oleh penyandang DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham kerana dalam Khalid berkempen itu diselitkan juga kutukan terhadap beliau yang tidak pandai menjaga kawasan dan dikatakan juga telah dibeli oleh UMNO untuk berpaling arah.

Persoalan yang terus bermain didalam benak fikiran aku sekarang ini adalah perjanjian syaitan apakah yang cuba diberikan kepada Dr. Idris Ahmad sebagai balasan atas pertukaran kerusi ini. 

Sama-sama kita nantikan percaturan yang bakal diagendakan oleh Khalid bagi mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor yang beliau pegang.

4 comments:

  1. KALID GAGAP AKAN GAGAL DI MANA SAJA BERTANDING

    ReplyDelete
  2. maka akan TERGAGAP GAGAP LA buat sekian kalinya si khalid gagap ni bila kena jerkah dgn India pelabuhan kelang nanti, sama mcm kena dengan india Ijok dulu....

    ReplyDelete
  3. Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha...

    http://goo.gl/D9o9r

    ReplyDelete
  4. Aku org ijok. Tapi x kenal idris.....ke dr idris nie dah lama x balik kg. Bukan jauhpun kl ijok 55km je.

    ReplyDelete

comment please.....