Sunday, December 16, 2012

MELAYU TERUS DIBODOHKAN!! BANGSA KELAS KETIGA DI BUMI SENDIRI!!

KEPUTUSAN undian CEC DAP semalam menunjukkan yang parti demokratik rakyat ini sebenarnya adalah satu parti yang terus akan meminggirkan kaum Melayu di dalamnya. Seramai 6 calon Melayu yang bertanding mendapat undian paling corot.

Bukan kerana tidak layak, tetapi undian bangsa memainkan peranan penting. Hampir 80% ahli DAP adalah bukan Melayu dan tidak mungkin undi setiap perwakilan akan diberikan kepada bangsa Melayu. Itu memang sudah dapat diagak lama.

Majlis Tertinggi DAP terus dikuasai oleh kaum Cina yang bersikap rasis dan terselit juga 3 orang dari kaum India yang dijadikan kambing hitam untuk menutup rasis bangsa.

Bermula dari dalam parti sendiri Melayu DAP telah dipinggirkan, ini kan pula hendak membentuk sebuah kerajaan campuran yang majoriti ahli partinya adalah bukan Melayu. Di mana suara bangsa Melayu?

Malah DAP juga turut menuntut untuk diberikan lebih kerusi dalam PRU akan datang iaitu 3 kerusi tambahan Parlimen dan 10 kerusi tambahan DUN. Kerusi dari parti manakah yang akan dikurangkan?

Fikirkan sendiri jika benar DAP berkuasa dan konon hendak membela nasib kaum Melayu sedangkan dalam pemilihan sendiri kuasa bangsa memainkan peranan penting dalam memilih pemimpin. Fikirkan.

4 comments:

  1. Jika melayu yang Ada Sekarang masih menjadi ahli dapigs ......tak Tahu lah apa
    yang Ada Dalam minda mereka2 nie. Bukti sangat jelas.

    ReplyDelete
  2. pemimpin dap dengan jelas menyeru kpd org cina yg undi cina utk cina, cuma melayu yg perasan saja terhegeh-hegeh.

    ReplyDelete
  3. sudah terang lagi bersuluh.....hoi melayu yang tak sedar diri....buka mata dan minda kamu, tenguk sendiri betapa kamu semua dimalukan oleh mereka....kalu masih terhegeh hegeh lagi tak tahu lah.....sendiri fikir ya

    ReplyDelete
  4. dah xde parti lain ke mangkuk2 nk join..pelik aku la..

    ReplyDelete

comment please.....