Sunday, December 16, 2012

DAP MEMANG SEBUAH PARTI RASUAH - CELENG SEKINCHAN


GEORGE TOWN - Seorang perwakilan DAP Sabtu mencadangkan supaya anggota parti diberi peluang untuk membuat pilihan terus bagi memilih kesemua jawatan kepimpinan parti termasuk pengerusi dan setiausaha agung parti.


Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata perkara itu bagi mengelak berlakunya unsur politik wang dalam pemilihan 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat (CEC).

Katanya, unsur-unsur tidak sihat itu mula menular dalam DAP memandangkan jumlah keanggotaan parti yang semakin meningkat.

"Parti pusat sepatutnya memikirkan juga pada masa akan datang untuk meminda perlembagaan parti supaya pemilihan seperti jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi dibuat terus oleh anggota parti," katanya kepada Bernama selepas membahaskan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini.

Ditanya sama ada politik wang berlaku di dalam parti DAP ketika ini, beliau berkata : "Ada...setakat ini bibit-bibit ada," katanya.

DAP kini mengamalkan sistem pemilihan seramai 20 anggota CEC yang kemudian akan berbincang dan melantik individu di kalangan anggota jawatankuasa berkenaan bagi mengisi jawatan penting seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi. - BERNAMA

JB: Memang dah tak dapat disangkal lagi yang DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah sejak dulu lagi namun ada juga yang tidak nampak. Celeng Sekinchan akhirnya mengakui yang DAP menggunakan politik wang untuk mendapat undi. Ahli sendiri dah buka pekung di dada.

1 comment:

  1. Ooi, dalam pati tokong pun ada rasuah ka? Siapa kasi siapa terima? Wang mana mari? Dalam negeri ka luar negeri? Kasi hancurla in parti, manyak sooi punya!

    ReplyDelete

comment please.....