Thursday, October 4, 2012

KHALID CILOK DUIT RAKYAT BELI LORI SAMPAH BERNILAI RM14.5 JUTA

Penipuan Khalid dalam pembelian kompaktor sampah menggunakan duit rakyat akhirnya terbongkar apabila didapati model lori yang dibeli dari China itu adalah model lama yang telah diperbaharui cat nya sahaja.

Kompaktor yang dibeli sebanyak 50 buah dan 15 buah kompaktor antaranya telah diterima awal bulan jun lepas adalah kompaktor yang dibeli mahal dari harga pasarannya.Lori pengangkut sampah yang didakwa baru itu sebenarnya lori terpakai yang bernilai hampir RM 14.5 juta untuk 50 buah kompaktor terbabit.

Kompaktor berjenama Dong Feng ini hanyalah besi buruk yang dicat semula dan dibeli oleh Kerajaan Selangor. Dan untuk makluman jika jenis model ini adalah yang lama, maka alat gantinya juga agak sukar untuk diperolehi dan sudah semestinya mahal dari jenama yang lain. 

Agenda Khalid songlap duit rakyat Selangor begitu licik sehingga kita sendiri tidak perasan dengan penipuan tersebut. Fikirkan...

No comments:

Post a Comment

comment please.....