Thursday, October 4, 2012

@ANWARIBRAHIM BERI SOKONGAN PENUH AZMIN JADI THE NEXT MB SELANGOR!!


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) berpendapat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Azmin Ali layak dan sewajarnya menjadi Menteri Besar Selangor, kerana  Azmin yang merupakan ADUN Bukit Antarabangsa sangat disenangi oleh penduduk dikawasannya.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, selain itu Azmin juga seorang ahli politik yang berpengalaman dan telah menjadi ADUN lebih 10 tahun. Dari segi hirarki parti, beliau bukan sahaja Timbalan Presiden PKR malah Pengerusi PKR negeri Selangor.

“Beliau juga mempunyai kelayakan akademik yang baik dimana beliau mempunyai ijazah sarjana dari sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

GAPS percaya rakyat selangor memerlukan seorang MB yang boleh membuat keputusan berdasarkan kejituan, pengalaman politik dan visi masa depan negeri serta kepentingan rakyat berbanding dengan MB sekarang yang dilihat cenderung dan menjadi boneka DAP di negeri Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, banyak keputusan MB yang dibuat dalam masa empat tahun ini adalah sangat tersasar dan menzalimi rakyat seperti rampasan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang akhirnya mahkamah membuat keputusan bahawa rampasan ini adalah tidak adil dan tidak sah di mana YBK telah diberikan semula semula hak keatas tanah yang dirampas itu.

“Skandal Talamgate dan skandal bas rasuah yang hangat diperdebatkan sekarang juga meyakinkan lagi GAPS bahawa jawatan MB Selangor akan bertukar milik sebelum DUN Selangor dibubarkan menjelang mac 2013.

Kegagalan PKR, DAP dan PAS menukar MB sebelum PRU 13 ini akan menjadikan rakyat sangat muak, jelek dan merasa ditipu kerana disajikan dengan MB yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Yang demikian pakatan ini dijangka tewas besar dalam PRU ini.

Kerusi MB Selangor adalah kerusi panas, ia akan sentiasa mengelagak apabila MB mengkhianati kepercayaan dan keyakinan rakyat. Rakyat Selangor mempunyai pengalaman menukar kerajaan dan saya yakin rakyat Selangor sekarang ini juga mempunyai keupayaan untuk menukar Menteri Besar yang telah songsang dari arus kebenaran dan keadilan,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. - SahabatGunung

No comments:

Post a Comment

comment please.....