Wednesday, May 16, 2012

MB KEDAH TETAP DENGAN CITA-CITANYA MENGHANCURKAN MADRASAH!!!


Madrasah Salihiah, Alor Setar. - Menteri Besar Kedah tetap dengan niatnya menyerahkan HAK MUTLAK ISLAM kepada Pemaju Projek Aman Central yang dimiliki oleh Sonny Ho, Pengiat/Aktivis Kristian yang juga merupakan "Founder" kepada DAP dari Pulau Pinang.

Menurut suber, Kerajaan Negeri Kedah yang di Pimpin oleh Ustaz Azizan telah melakukan banyak penyelewengan dari sudut Islam mahupun dari sudut perundangan dalam melaksanakan Amanah dan Tuntutan Islam dan rakyat.

Ustaz Azizan yang berkelulusan Universiti Al Azhar Mesir sewajibnya mengetahui akan hukum-hakam dalam melaksanakan amanah Allah dalam pentadbirannya itu, walau bagaimana keadaan sekalipun seorang Ustaz mahupun seorang muslim Wajib Mempertahankan HAK MUTLAK ISLAM seperti "Tanah Wakaf Khas" Madrasah Salihiah.

Bagi pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Mufti Kerajaan Negeri Kedah pula WAJIB bagi mereka Melindungi, Memelihara, Meimarah dan Mempromosi dengan mengadakan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang mejuruskan kepada Syariat & Syiar dalam mendidik, membimbing serta melatih anak negeri berkenaan Ilmu dan Alam Kebajikan dengan aset-aset yang ada seperti "Tanah Wakaf Khas" Madrasah Salihiah. BUKANNYA Menyerahkan Aset/HAK MUTLAK ISLAM itu kepada BUKAN ISLAM untuk dijadikan SARANG MAKSIAT DAN HIBURAN atau seumpamanya.

Sumber: Padi Jantan

No comments:

Post a Comment

comment please.....