Wednesday, May 16, 2012

KRISIS AIR 2014: RAKYAT SELANGOR TAK DAPAT MANDI WAJIB SELEPAS DAPAT AISKRIM!!!


SHAH ALAM: Rakyat Selangor terus diburu kebimbangan bahawa negeri itu akan mengalami krisis air pada masa akan datang.

Rata-rata mereka mendesak kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Seri Khalid Ibrahim agar segera menyelesaikan isu rundingan air dengan kerajaan persekutuan.

Bagi pelajar swasta, Zul Fakar, 22, berkata, jika kerajaan negeri berterusan berdolak dalih, rakyat terpaksa membuat keputusan bagi memperbetulkan kembali keadaaan.

"Pada pendapat saya, isu air amat penting, pihak yang tertentu kena amik tindakan secepat mungkin demi rakyat. Kerajaan Negeri harus fikir pengguna Selangor. Kalau tidak, rakyat terpaksa bergerak untuk bertindak," katanya.

Bagi seorang pekerja swasta, Ahmad Safri Mohd Noh, 33, mempersoalkan mengapa khidmat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak digunakan bagi menjamin bekalan air kepada rakyat negeri itu.

"Kalau air tidak ada memang rakyat Selangor akan mengalami masalah yang besar sebab air penting. Jika mahu membekalkan air kepada penduduk haruslah pastikan punca air itu bersih.

"Mengapa tidak gunakan saja SYABAS untuk menjadi pembekal kepada penduduk seperti sebelum ini ?" soal Safri.

Pandangan itu disokong Fazlin Zainal yang merupakan pekerja sektor swasta.

"Masalah air akan menjadi satu masalah yang darurat jika tidak diberi perhatian pada tahap awal lagi, sebab rutin harian kita menggunakan air sebab ia penting untuk minum, masak, mandi malah perkara paling remeh turut memerlukan air.

"Kalau SYABAS akan menyenangkan penduduk, kenapa tidak laksanakan saja, kalau itu alternatif yang sebaiknya gunakan saja agar tidak menimbulkan masalah," katanya.

Sementara seorang pelajar swasta, Mohd Azam mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih prihatin dan tidak sekadar melaungkan slogan menjaga kebajikan rakyat walhal sebaliknya yang berlaku.

"Kami penduduk tidak mahu akan ada masalah berkaitan dengan ketiadaan air, kalau boleh pihak Kerajaan Negeri lebih prihatin tentang hal ini dan cuba alternatif yang sebaiknya,"

Seorang suri rumah, Yee Kew Soon pula berkata, jika isu air tidak dapat diselesaikan, kerajaan negeri hanya membuktikan bertapa mereka tidak ikhlas menjaga nasib rakyat.

"Kalau boleh memang tidak mahu ada masalah langsung tentang masalah air ini. Jadi kalau pada masa akan datang akan terjadi juga, memang kerajaan negeri tidak prihatin dengan kitalah,"

Manakala Fatin Mazlan seorang pelajar kolej swasta menyarankan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi mempercepatkan proses rundingan penstrukturan semula air dinegeri itu.

"Kami berharap agar kerajaan negeri dan kerajaan pusat harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin berkenaan dengan isu air ini, air ini satu keperluan yang sangat penting."

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar sebelum ini memberitahu Kira-kira 70 peratus projek perumahan baru di Selangor dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan akibat krisis bekalan air di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan jika krisis itu berterusan, ia akan merugikan dan mungkin menyebabkan pelabur tidak lagi berminat menanam modal mereka dinegeri itu.

Terdahulu, Noh melahirkan kebimbangannya akibat krisis rundingan air itu, sebanyak 129 projek pekilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor juga mungkin tidak dapat dilaksanakan.

AntaraPos

1 comment:

  1. Nampaknya rakyat selangor tak dapat nak mandi wajib...tak ape le nanti porknik akan keluarkan fatwa mandi wajib tak wajib sebab dalam darurat air tak ada...

    ReplyDelete

comment please.....