Sunday, April 8, 2012

THE SUPER NAJIB! GALAS SATU LAGI TANGGUNGJAWAB BESAR.

Heboh diperkatakan semalam yang Kak Jat telah meletak jawatan dengan rasminya sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan secara rasminya juga Perdana Menteri Malaysia kita telah dengan rela hatinya untuk memikul sementara tanggungjawab Kak Jat sementara menunggu PRU-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ada yang bertepuk tangan gembira dan tidak kurang juga yang kedengaran panas hati dengan pengambilan jawatan oleh PM Najib. Yang bertepuk tangan semestinya orang-orang kementerian dan ngo-ngo di bawah nya kerana umum mengetahui yang Najib amat bermurah hati untuk membantu setiap kementerian dengan pemberian dana dalam merangka segala macam projek dan program.

Yang tidak sedap didengar adalah ada dikalangan pimpinan wanita UMNO yang kecewa dengan keputusan Najib. Jika perkara ini yang tidak puas hati keluar dari mulut pembangkang itu sudah biasa, tetapi perkara ini berbunyi dari dalam rumah sendiri. Adakah tidak layak Najib memegang sementara kementerian yang ditinggalkan Kak Jat? Kenapa perlu dipersoalkan keputusan Presiden BN Malaysia ini? Terimalah kenyataan dan teruskan bekerja untuk parti. Jangan fikir tentang jawatan sahaja. Perlukan keikhlasan dalam setiap perkara. Yang penting rakyat didahulukan. Ada betul?

Walaubagaimanapun, tahniah PM atas keputusan yang murni itu. Walaupun memegang tampuk menteri wanita, keluarga dan masyarakat dalam masa yang singkat, moga-moga PM dapat membantu segala apa yang belum terlaksana yang sudah direncanakan oleh Kak Jat. Kami sentiasa menyokong kepimpinan Najib.

No comments:

Post a Comment

comment please.....