Sunday, April 8, 2012

BERSIH 3.0 EDISI SAMAD SAID - AMBIGA DULU DITENTANG, KINI DI SAYANG.


Datuk A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu.

Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang. 

“Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu. 

“Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa. 

Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang? 

Beliau berkata bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau “sekali lagi” menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini. 

Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan “apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga”, mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara. 

Menurut Samad atau lebih dikenali “Pak Samad” berkata Bersih bukan melibatkan Ambiga tetapi anggota-anggota lain yang terdiri dari pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. 

“Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?” katanya. 

Justeru beliau berharap agar Wira Perkasa lebih matang dan bertindak mengikut keadaan semasa bukan demi kepentingan sendiri. 

“Jangan kaitkan dengan hal lain; ini soal pembaikan sistem pilihan raya berlandaskan demokrasi. 

“Saya merasakan setakat ini kita perlu betulkan sistem yang, siapa sahaja boleh bantu membetulkan keadaan baik yang beragama Kristian atau Islam,” katanya. 

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya. 

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan daftar pengundi, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. 

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap laporan 22 cadangan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.The Malaysian Insider 
******************************
JB nak katakan disini yang sebenarnya JB amat menghormati Pak Samad DULU. JB minat akan hasil karya Pak Samad yang begitu kreatif mengolah kata frasa bahasa menjadi sebuah madah yang indah. Tapi SEKARANG, JB sudah muak dengan permainan kreatif Pak Samad yang semakin hilang arah tujuan. Lupakah beliau siapa yang mengangkat beliau menjadi sasterawan negara DULU? SEKARANG dilihat Pak Samad begitu giat untuk menjatuhkan kerajaan yang diagung-agungkan dulu. Benarlah kata orang lama, semakin tua manusia, semakin nyanyuk jadinya. Hormat JB masih ada pada Pak Samad, tetapi hormat kepada orang tua. Sayang, agenda pembangkang yang telah distrategis lama dahulu telah menarik minat Pak Samad dalam kancah politik kotor mereka. Ambiga yang satu masa dulu ditentang, kini sudah mula disayang. Puisi yang dulu indah dikarang, kini telah terperosok dalam cengkerang. Fikirkan Pak Samad.

3 comments:

  1. bodoh punya statement.. otak ada tak pakai... mata dah kelabu.. juai la agama dan bangsa seniri.....

    ReplyDelete
  2. Chinese will control malaysia, Malay balik kampung...

    ReplyDelete
  3. kling taraf paria untuk upgrade kena tukar ugama kristian

    ReplyDelete

comment please.....