Thursday, March 8, 2012

SELCAT : PAS & PKR SELANGOR JADI MAINAN DAP RASIS!


Konsep pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif memang satu perkara yang baik. Adakah itu yang sebenarnya tujuan dan amalan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor atau  Selcat?

Selcat yang sebenarnya banyak kelemahan dalam amalannya. Terselindung disebaliknya adalah percaturan politik perkauman, persaingan kuasa sesama parti-parti dalam Pakatan, dan politik balas dendam.

Perkara ini begitu ketara hingga timbul rungutan dari pegawai-pegawai kerajaan bahawa cara siasatan ahli Selcat menyoalsiasat adalah kasar, memaksa dan menghina peribadi dan kredibiliti pegawai kerajaan seolah-olah mereka bagaikan penjenayah.

Ini juga kerajaan Pakatan Selangor juga yang merungut mengenai kononnya kekasaran SPRM semasa soalsiasat saksi dan suspek. Adakah ini balas dendam?  

Kesungguhan Selcat menunjukkan kerajaan Pakatan Selangor yang hanya memandang kebelakang untuk mencungkil cerita-cerita lama dari berusaha mentadbir dan memajukan negeri. 

Sebelum ini, Selcat telah secara sesuka hati menggantung 5 orang ADUN BN kerana enggan menghadiri sesi soalsiasat kepada isu yang tidak ada releven dengan kerajaan negeri tetapi membabitkan sebuah yayasan yang bukan entiti kerajaan. 

Teguran yang dibuat bekas exco Selangor dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Ali terhadap Selcat ada kebenaran tetapi tidak mustahil ianya hanya permainan politik dan lakonan untuk menjaga hati pegawai-pegawai kerajaan kononnya ada yang membela mereka.

Akhirnya cara sama akan diteruskan supaya pegawai kerajaan yang tidak pro pada mereka dapat disingkirkan dan diganti oleh orang-orang mereka.

Dalam lakonan Hasan Ali itu, agak lucu melihat dia dikeroyok ramai-ramai oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat Selangor. Nampaknya Selcat yang kononnya mengenai tanggungjawab dan ketelusan tidak boleh ditegur.

Ini menunjukkan betapa tertutupnya minda mereka kepada pandangan yang berbeza dan sikap ketelusan mereka yang pura-pura. Selama ini merekalah mendabik dada seolah-olah mereka penjuang kebebasan bersuara. 

Kredibiliti Selcat tercemar apabila pengerusi Selcat, Speaker Teng Chang Khim membuat kenyataan bahawa dialah hakim, pendakwa dan juri dalam hal pemecatan Dr Khir Toyo dan lima ADUN BN lain. 

Rang undang-undang Selcat pun belum diperkenan Sultan semasa mereka memecat 5 ADUN BN sesuka hati. Adakah ini amalan akauntabiliti dan ketelusan dalam sistem demokrasi atau sistem otokrasi?

Kalau diikutkan sistem Select Committee di Senat Amerika, Pengerusi Jawatankuasa bukan diberikan kepada Speaker Dewan tetapi salah seorang ahli DUN yang berpengalaman. 

Sepatutnya Speaker Dewan menjadi satu lagi lapisan untuk pemantauan perjalanan pelbagai Jawatankuasa bipartisan. Siapa yang akan memantau Pengerusi Selcat jika jawatan itu dipegang oleh Speaker?

Setakat ini, Teng sudah menunjukkan dirinya sebagai “Maharaja Cina” yang tidak boleh dipersoalkan kuasanya. Sesiapa yang memberi pandangan yang menegur Selcat didisiplinkan. Baru sedikit kuasa, pemimpin parti yang menggelar diri demokratik sudah mendabik kuasa sesuka hati.

Disebalik retorik, Selcat adalah permainan politik perkauman oleh DAP. Apa sekali retorik yang disuarakan mereka, Menteri Besar Selangor mesti dipegang oleh orang Melayu? Selcat hanya pendekatan mereka mendapatkan kuasa untuk kaum mereka menyaingi kuasa MB Melayu.

Dengan memperkuatkan jawatan Speaker dengan tanggungjawab sedemikian, mereka mempunyai kuasa untuk memintas dan menyusahkan MB. Dengan demikian, DAP dapat kuasa tawar menawar dan berperanan dalam apa sekali keputusan MB. Ini bermakna siapa yang akhirnya memerintah.

Bagi PAS dan PKR yang menyokong Selcat, mereka tidak sedar akan tipu helah DAP dalam hal ini. Mereka tidak sedar DAP boleh sewenang memanggil, dan menyiasat sesiapa saja tanpa berbincang dengan rakan kongsi mereka.

Kesungguhan pemimpin PAS fraksi Erdogan seperti Mahfuz, Khalid Samad, dan lain-lain bersungguh-sungguh menyokong Selcat hanya menunjukkan kebodohan politik orang-orang Anwar Ibrahim dalam PAS. 

Bila Khir Toyo dan empat ADUN BN digantung selama setahun dan enam bulan, sebenarnya PAS kehilangan kuasa tawar menawar kuasa. Cara Cina berpolitik dahulu adalah menggunakan DAP untuk mendesak kepentingan Cina dan MCA atau Gerakan untuk memujuk. 

Ini adalah petunjuk Pas dan PKR hanya asyik dengan berpolitik hingga tidak tahu menjaga hak dan kepentingan rakyat dalam konstituensi mereka. Hak dan kepentingan Melayu dan Islam akan terhakis dengan begitu deras sekali.

Pengguguran 5 ADUN oleh Selcat juga adalah permainan kuasa DAP untuk melemahkan suara melayu dalam Dewan Undangan Negeri. Apa nasib Melayu jika pemimpin Melayu PAS dan PKR tidak sedar perkara seperti ini. 

Kita lihat Selcat yang kononnya jawatankausa yang mengamalkan  ketelusan dan keadilan?

No comments:

Post a Comment

comment please.....