Thursday, March 8, 2012

KU LI AKAN SOKONG KUAT NAJIB PADA PRU-13!!

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah me­nyatakan hasratnya untuk menyertai parti lain kecuali terus kekal berjuang dalam Umno bagi membela nasib hidup rakyat di kawasan tersebut.

Justeru, mereka yang cuba me­nolak perjuangan Tengku Razaleigh dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan hanya untuk melepas geram berikutan pemimpin itu tidak melayan permintaan bagi kepen­tingan kumpulan berkenaan.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, sejarah perjuangan Tengku Razaleigh juga tidak pernah diper­tikaikan mana-mana pihak dan telah banyak berjasa bukan sahaja kepada penduduk Gua Musang, tetapi juga Kelantan dan negara ini.

Oleh itu, beliau tetap mem­per­tahankan kewibawaan Tengku Raza­leigh untuk terus kekal memimpin Umno bahagian serta dicalonkan Barisan Nasional untuk kekal bertan­ding kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) akan datang.

“Jangan cepat menghukum Tengku Razaleigh supaya berundur daripada menjadi calon BN bagi kerusi itu pada PRU13 kerana pucuk pimpinan parti belum membuat se­barang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Saya anggap kumpulan menen­tang itu adalah mereka yang kecewa dengan perjuangan Ku Li berikutan kejujuran dalam membela nasib hidup rakyat,” katanya kepada pem­berita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di Dewan Orang Ramai
Rancangan Tanah Felda Chiku 1, dekat sini, kelmarin.

Berkata demikian ketika me­ngulas sekumpulan 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang disiarkan dalam media yang mendesak Tengku Razaleigh supaya berundur daripada menjadi calon BN kawasan itu pada PRU13 nanti.

Nozula juga Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (Adun) Paloh berkata, rakyat juga tidak pernah menolak perjuangan Tengku Razaleigh sejak dahulu sampai sekarang dan tidak ada sebab pemimpin itu diminta berundur.

Malah, katanya, sejak kebelaka­ngan ini sokongan rakyat terhadap pemimpin terbabit bertambah kuat berikutan pencapaian yang cemer­lang memajukan rakyat tanpa berlaku sebarang skandal.

“Ku Li tidak pernah ada kepen­tingan diri dalam perjuangannya, malah rakyat juga terima dengan selesa setiap usaha yang dilakukan dan rapat dengan semua penduduk,” katanya.

Beliau turut yakin sebarang toh­mahan dan desakan itu tidak meng­gugat perjuangan Tengku Razaleigh termasuk turut yakin pucuk pimpi­nan parti akan terus mencalonkannya untuk bertanding pada PRU13.

“Sebarang kenyataan Ku Li yang dikeluarkan sebelum ini tidak pernah menggambarkan dia menentang pu­cuk pimpinan, sebaliknya apa yang dinyatakan hanya sebagai beri pandangan,” katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

comment please.....