Saturday, February 5, 2011

PAKATAN RAKYAT DI MINTA BERTENANG.

Sabtu, 5 Februari 2011 - Isu rakyat Malaysia lambat dibawa pulang oleh Kerajaan Malaysia adalah isu tergopoh-gapah yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang.  Pembangkang diharap supaya lebih bersabar dan bertenang kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperjelaskan didalam Utusan bahawa penghantaran rakyat Malaysia pulang ke tanah air bukanlah perkara remeh kerana ia memerlukan kebenaran pihak Mesir yang masih dalam keadaan kucar-kucir.  Pihak TUDM sedang berusaha keras untuk memperuntukkan 9 kali penerbangan sehari ke Mesir dengan niat agar kesemua rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat. 

Tidak perlu dipolitikkan isu ini sehingga berdemo ke kedutaan Amerika kerana ini akan mengeruhkan keadaan yang sedia ada kelam kabut.  Harap banyak bersabar kepada pihak pembangkang dan biarlah Kerajaan Malaysia uruskan.  Jangan terus menerus menimbulkan isu perbezaan politik kerana Kerajaan BN tidak akan membeza-bezakan fahaman politik yang dibawa oleh pelajar walaupun ada setengah penuntut yang merupakan penyokong tegar PAS.  Apa yang penting saat dan detik ini hanyalah keselamatan pelajar di sana yang masih dalam keadaan trauma.  Diharap pihak lain tidak campur tangan dengan proses pemindahan ini.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....