Friday, February 4, 2011

BN MENANG, MINYAK NAIK 10SEN...


Yong tahu isu ni dah lama, tapi memandangkan masih lagi kedengaran mereka-mereka yang tidak berpuas hati tentang minyak naik sebab BN menang di Tenang adalah dusta sama sekali. Ini semua adalah kebetulan yang tidak disengajakan. Mereka-mereka ini kita tidak boleh dipersalahkan kerana mereka ini malas membaca berita luarnegara mahupun ekonomi. Yang selalu dibace adalah hiburan atau sukan tidak diselak langsung lampiran ekonomi atau krisis luar negara. Tidak mengapa, biarlah Yong yang memberikan jawapan dan kebenaran. Mahu percaya atau tidak terpulang.

Krisis di mesir adalah petunjuk kepada kejatuhan sumber minyak dunia, kerana mesir adalah penyumbang minyak dunia yang ke-2 terbesar. Makanya, pelabur-pelabur sudah angkat kaki terlebih dahulu dan lombong-lombong minyak terbiar dek kerana rusuhan menentang kerajaan. Readers boleh lah tengok sendiri di sini.

Maka tuan-tuan, puan-puan sudah lihatkan sebab utama mengapa harga minyak naik. Tetapi janganlah dipolitikkan harga minyak RON97 sebab golongan macam kita ni ramai pakai RON95 saja. Sepatutnya orang asing la yang banyak merungut pasal kita rasanya tidak terlalu terbeban dengan kenaikan ini. 

Yong mendoakan agar rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir selamat sampai ke tanah air. Janganlah dipolitikkan isu penghataran pulang rakyat Malaysia. Dengar cerita Kerajaan Kelantan hanya keluarkan duit untuk rakyat Kelantan sahaja. Tidak kasihankah Nik Aziz kepada rakyat Malaysia lain yang kebanyakannya Islam yang masih dalam ketakutan dan kebingungan. Sedarlah kerajaan Kelantan, janganlah terlalu racist hingga saudara sebangsa dan seagama dipinggirkan.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....