Wednesday, April 18, 2018

TERKINI: KETUA AMANAH KOTA RAJA LETAK JAWATAN KERANA KECEWA



Baru 25 Februari lalu saya menulis mengenai pendedahan Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor, Jaafar Samsudin, di dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AWAN Negeri Selangor hari itu bahawa Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan rakyat di tiap-tiap negeri di seluruh negara kepada Pakatan Harapan bila ia diminta oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia baru-baru ini di mana kegagalan Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia ini menyebabkan “Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat”. 

Pendedahan Jaafar Samsudin ini, yang menyebut, “kalau (beliau) turun ke mana-mana, khususnya ke bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, (beliau) mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan pengundi dan rakyat kepada AMANAH khasnya dan amnya kepada Pakatan Harapan” kerana “tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan”, membuktikan bahawa laungan berdegar-degar para pemimpin Pakatan Harapan selama ini bahawa Pakatan Harapan mendapat sokongan padu rakyat sebenarnya hanyalah sekadar laungan kosong tanpa bukti.

Alih-alih hari ini Jaafar Samsudin bukan sahaja meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH Malaysia, Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor dan Ketua AMANAH Kota Raja malah terus bertindak keluar dari AMANAH sendiri sekali gus memberikan tamparan hebat kepada gerak kerja pilihan raya AMANAH, khususnya di Selangor. 

Sementara alasan rasmi yang diberikan oleh Jaafar Samsudin kepada tindakan beliau berhenti menjadi ahli AMANAH adalah “untuk memberi tumpuan dalam hal keluarga”, kenyataan beliau bahawa “apa yang (beliau) lakukan selama ini untuk parti tidak dihargai di kalangan pimpinan negeri”, “suara (beliau) tidak lagi didengari pimpinan” dan “(beliau) mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan (beliau)” menunjukkan kini memang ada sesuatu yang tidak kena di dalam AMANAH.

Dijangkakan lebih banyak suara tidak puas hati yang akan muncul di dalam AMANAH selepas ini.

1 comment:

  1. EnglishTHE HACK GEEKS
    Hack Geeks adalah organisasi HACKERS dengan motif untuk membantu individu memahami batasan dalam teknologi.
    Kami menawarkan perkhidmatan dalam:
    * Pengklonan telefon, penggodaman dan pengesanan.
    *Pengaturcaraan komputer
    * Reka bentuk web
    * Serangan siber
    * Peningkatan skor kredit
    * Dokumen menghidu, memotong atau menukar dan banyak lagi.
    Kami memberi anda maklumat mengenai bagaimana kami akan mendapat pekerjaan dan penggodam yang bertanggungjawab terhadap tugas anda.
    Hubungi:
    thehackgeeks@gmail.com
    THE HACK GEEKS.

    ReplyDelete

comment please.....