SUDAH tidak boleh diselindungkan lagi mengenai perbalahan dalam antara Presiden PKR, Wan Azizah dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali menjelang pilihanraya ini. Ini berkenaan nama-nama calon daripada PKR yang terlalu lewat untuk diumumkan. Malah beberapa siri tegang urat antara pemimpin utama dalam PKR sudah mula terkeluar.
Wan Azizah sebagai Presiden parti memang wajar menentukan calon yang layak bertanding mewakili parti pada hemat beliau. Namun tiba-tiba Azmin yang umpama kaduk naik junjung juga telah menyusun nama-nama calon yang bertanding dari pihak beliau.
Akhirnya segala teka-teki terjawab 2 hari lepas apabila Wan Azizah mengumumkan calon PKR di Stadium Kuala Selangor sempena dengan Pelancaran Jelajah Pakatan Harapan Selangor. Nama-nama yang diumumkan memang diketahui adalah penyokong-penyokong Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.
Mengikut kata Azmin, beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini dan berasa kecewa kerana Wan Azizah tidak merujuk kepada Azmin terlebih dahulu.
Retak menanti belah, nampaknya pemimpin PKR sudah mula tamak untuk merebut kuasa.
No comments:
Post a Comment
comment please.....