APABILA DBKL membatalkan permohonan penganjuran Pesta Arak di KL baru-baru ini, baru kita dapat lihat wajah sebenar kafir ini dalam terus menghina agama Islam iaitu agama rasmi negara kita.
Kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Shahir Abu Hasan;
SYABAS dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak memberi kebenaran kepada program Better Beer Festival 2017. Semoga ia menjadi titik tolak kepada DBKL pada masa akan datang untuk terus menyekat dan menghalang sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan masyarakat.
shahirSesungguhnya arak tidak diharamkan kepada orang bukan Islam. Orang-orang Islam pun tidak menghalang jika orang bukan Islam meminum arak, sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Kelantan masa ini. Tetapi pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara.
Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya.
Bahkan, semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak. Suka tidak suka, akan ada kalangan dan kakitangan Muslim yang terlibat sama ada sebagai petugas, pengawal, pemandu dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa tiada tenaga Muslim akan terlibat dalam acara ini.
Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini.
Namun musykil apabila pemimpin daripada parti DAP beriya-iya mempertahankan penganjuran Pesta Arak terbesar Malaysia ini. Mengambil contoh Teng Chang Kim, Adun Selat Kelang yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor turut menyokong penganjuran Pesta Arak ini atas nama negara demokrasi.
Sedangkan apabila PAS membentangkan RUU355 di Parlimen, pemimpin DAP jugalah yang beriya-iya membantah sedangkan ini negara demokrasi dan juga agama rasminya adalah Islam.
Nampaknya mereka sudah semakin melampau dengan agenda mengkafirkan negara Malaysia.
Kalau nak juga buat pesta arak eloklah anda berhijrah kenegara2 demokrasi sebenar spt us, nz, australia, canada. Negara2 ini sangat mengalu2kan anda. Disana anda boleh berpesta arak 24 jam, berbogel, lbgt, dan mengamalkan budaya dan tradisi anda, tiada siapa menghalang. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdaulat yg dihormati oleh negara2 arab dsb...
ReplyDeleteTahniah dbkl kerana telah melaksanakan nahi mungkar.
ReplyDelete