APA tujuan Liow Tiong Lai mencadangkan kpd PM supaya dilantik dari kalangan bukan Melayu utk jd Ketua Pengarah JPJ Malaysia yg selama ini tidak pernah berlaku dlm agensi itu?
Adakah ia bertujuan utk memecahkan dominasi kerana jawatan tersebut selamanya ini diisi oleh pegawai-pegawai dari kalangan orang Melayu.
Apa hubungan Menteri dgn pegawai ini hingga nampak bersungguh memohon sokongan PM? Ada kira2 ke?Nampak mcm ada kegilaan serta kerakusan Pengarah Penguatkuasa ini utk dpt jawatan KP JPJ.
Kita difahamkan KSN telah menolak penama yg dicadangkan ini tapi penama ini begitu hebat melobi hingga menghantar surat kpd PM Najib dan disokong pula oleh Menteri.
Apakah sudah tidak ada pegawai JPJ Melayu yg berwibawa serta berintegriti utk diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah.
Kita juga difahamkan dan sudah ada contoh tindakannya, seseorang Penjawat Awam tidak boleh menggunakan pengaruh politik untuk perjawatan, pertukaran dan sebagainya dan mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Adakah dalam kes ini, nama pegawai yg tertera dalam surat sokongan ini terlepas dari tindakan? Atau tindakan tatatertib hanya dikenakan kepada pegawai2 bawahan shj?
Liow Tiong Lai sedang berusaha untuk mengubah landskap perjawatan di JPJ. Mana Melayu nak letak muka?
Kita merayu agar Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi campur tangan di dalam perkara ini untuk mempertahankan institusi orang Melayu.
Kita faham kedudukan Timbalan Menteri tidak mempunyai kuasa penuh seperti Menteri tetapi sekurang-kurangnya perkara ini dapat disampaikan kepada Perdana Menteri. Lindungilah institusi Melayu. Tolong Raziz Rashid panjangkan rayuan ini kpd TM MOT.. - Rafi Awang Kechik
No comments:
Post a Comment
comment please.....