Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tan Heng Kim didakwa kerana memuatnaik klip video lucah dalam ‘group’ applikasi WhatsApp.
Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau terkejut dengan tindakan tidak bermoral Heng Kim sambil menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau.
“Kejadian berlaku pada minggu lepas dan kami amat kesal dengan tindakan Heng Kim yang memuatnak klip video lucah tersebut dalam group ‘WhatsApp MPK’.
“Kalau ia untuk tatapan peribadi beliau sahaja mungkin kami boleh faham tapi ‘group WhatsApp AM MPK 43B JKP’ itu bertujuan untuk menyalurkan aduan dan permasalahan rakyat dan bukan untuk perkara seperti ini ,” ujar sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.
Menurutnya di dalam ‘group WhatsApp’ tersebut terdapat hampir 50 orang ahli MPK yang lain termasuk beberapa orang wanita.
“Mungkin dia rasa tindakan itu hanya sebagai gurauan, namun kami merasakan tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dihentikan kerana ini bukan kali pertama dia berkongsi klip-klip video seperti itu.
“Bukan saya seorang malah majoriti ahli kumpulan tersebut turut mengecam tindakan tersebut, mungkin kamu boleh call dia untuk minta penjelasan, sebab saya tak nak nanti orang kata kami cuba untuk memfitnahnya.
“Walaupun ada yang cuba menasihatinya namun dia masih meneruskan tindakan seperti itu jadi kami harap selepas isu ini dibangkitkan dia akan berubah dan berhenti melakukan perkara seumpama itu,” katanya lagi,
Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa ‘screenshot’ untuk membuktikan dakwaannya itu. - SuaraTV
Dia ada penyakit seperti Husni juga
ReplyDeleteMana PDRM OI?!!! Inikan JENAYAH bawah AKTA LUCAH?!!! Lihat di - http://www.negarakita.com/Post-181846-KANUN+KESEKSAAN:
ReplyDelete.......Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:
"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."
Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
CELAKA betul si PENJENAYAH PORNO/HOMO JIJIK DAPJUBOQ BABI ni! CEPAT PU buat REPOT POLIS!
Nek Tempoyak.