Monday, July 25, 2016

ORANG LUAR PULAU PINANG AKAN MENGGANTIKAN LIM GUAN ENG?


ADAKAH Lim Guan Eng sedang menilai siapa selayaknya untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri, justeru masih berkira-kira tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang?

Belum pun pengurusan kes pendakwaan dua tuduhan rasuahnya disebut di mahkamah dengan tarikhnya masih jauh kira-kira dua bulan lagi, iaitu 22 September depan, dia sudah mula cuak.

Menguar-uarkan dirinya tidak boleh diselamatkan dan berkemungkinan besar akan dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah, Guan Eng waktu ini sedang sibuk mencongak siapa yang sesuai akan diletakkannya sebagai Ketua Menteri yang baharu.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bukan favouritenya. Semua di Pulau Pinang maklum hal itu. Kerana itu Guan Eng harus memastikan Anthony Loke dan jenteranya masuk dahulu dalam Komtar dengan Kon Yeow dan jenteranya disingkirkan.

Justeru, awal-awal lagi Guan Eng telah melantik Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera pada Mac lalu manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyandang jawatan Pengarah Island Golf Properties Bhd.

Kedua-duanya orang luar Pulau Pinang. Maka, munasabahlah Pilihan Raya mengejut di Pulau Pinang ini bukanlah disebabkan oleh alasan-alasn yang diberikan.

Ia sebaliknya bermotifkan satu sahaja - sebenarnya kisah perebutan kuasa dalaman DAP dan gerakan Guan Eng untuk membersihkan parti musuhnya. Ini sekali gus meletakkan semua jenteranya di kerusi-kerusi DUN sebelum memastikan dia dapat memutuskan siapa yang menggantikannya.

Walaupun cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal ini hanya mendapat sambutan hambar daripada para pengundi dengan tidak yakin pada alasan yang diberikan parti tersebut untuk berbuat demikian, namun Guan Eng hatinya kering.

Ini apatah lagi dikatakan pilihan raya mengejut seumpama itu tidak akan membuktikan yang Guan Eng tidak bersalah, maka anak Lim Kit Siang ini tetap mahu melayan kemungkinan berlaku pembubaran DUN Pulau Pinang.

Menurut laman Facebook Penang Headline, ketika melantik Tony sebagai Pengarah Island Golf Properties Bhd manakala Anthony pula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera pada Mac lalu, Guan Eng mengarahkan kedua-dua pemimpin DAP itu menukar alamat mereka ke Pulau Pinang supaya mereka boleh bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Dikatakan perancangan itu adalah persiapan untuk melantik mereka berdua sebagai exco negeri bagi menggantikan exco yang tidak “patuh arahan”.

Tetapi jauh lebih `besar' dari itu kerana Guan Eng sudah menjangkakan yang terburuk dalam kes pendakwaannya. Dan jika pilihan raya negeri terpaksa diadakan dan kalaulah DAP masih menang di kala Guan Eng berada dalam penjara, maka Dinasti Lim anak beranak sudah pun mengenal pasti calon ‘bidan terjunnya’ - Anthony atau Tony. Bukannya Kon Yeow.

http://klxpress.com.my/…/16732-sekali-lagi-km-pulau-pinang-…

No comments:

Post a Comment

comment please.....