YAB Perdana Menteri bersama-sama tetamu kehormat,calon-calon BN,pemimpin dan masyarakat setempat dilihat mengadakan solat sunat di Masjid Daerah Lundu sebelum penamaan calon sebentar tadi.
Solat sunat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sarawak di mana sebelumnya YAB Perdana Menteri telah diberi sambutan hangat para pengikut,penyokong serta pengundi di Stadium Daerah Lundu.
Kawasan sekitar masjid dan pusat penamaan calon dikawal ketat oleh pasukan keselamatan,dan para pengikut serta penyokong parti-parti yang bertanding dipercayai telah berada di kawasan ini sekitar jam 6:30 pagi.Setakat ini tiada insiden buruk atau kejadian tidak diingini telah dilaporkan.
#PRNSarawakKuburkanDAP
#HARAMkanDAPSebelumPRU14
#KuburkanDAPSebelumPRU14
No comments:
Post a Comment
comment please.....