Wednesday, September 9, 2015

DAP DESAK PKR TOLAK PAS DALAM PAKATAN RAKYAT 2.0

PKR digesa untuk sama-sama mengambil pendirian yang sama seperti DAP dalam menolak penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk kelak. Itu kata Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong.

Gesaan Kok Seong adalah merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan menyisihkan PAS dalam gabungan pembangkang yang baru itu.

Kok Seong menganggap adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila bekerjasama dengan Amanah dan GHB, kemudian bekerjasama dengan PAS yang nyata katanya memungkiri janji untuk melaksanakan hudud di Kelantan.


Tambah Ahli Parlimen Rasah itu di sidang media di ibu pejabat parti berkenaan tengah hari semalam, tindakan menubuhkan PR 2.0 tanpa PAS adalah perkara yang wajar supaya PKR dan DAP dilihat penyokong sebagai sebuah parti yang berprinsip.

Azmin pula tetap bertegas dengan pendirian dengan menolak cadangan DAP yang mahu menyisihkan PAS daripada pakatan pembangkang baru yang dijangka dibentuk tidak lama lagi.

Pendirian parti ini turut disuarakan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa dalam isu ini kita kena mempunyai pendirian yang jelas sebab jika Pakatan Rakyat tidak wujud lagi maknanya tiada lagi kerjasama antara PKR, DAP dan PAS.

“Jika PKR masih menganggap PAS sebagai sekutu mereka, mungkin itu pendirian mereka. Tetapi DAP jelas tidak akan bekerjasama dengan PAS dan hanya bekerjasama dengan Amanah dan PKR,” tegas Kok Seong lagi.

Melalui setiausaha agungnya semalam, DAP jelas menolak penglibatan PAS dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 berikutan hubungan PAS-DAP yang nyata tidak dapat diselamatkan lagi apabila parti Islam berkenaan mengisytiharkan DAP sebagai musuh mereka. - KLXPress

No comments:

Post a Comment

comment please.....