KETIKA ramai pembangkang yang mengutuk kehadiran Obama dalam siri lawatannya ke Asia. Dalam kemarahan pembangkang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana Obama tidak mahu berjumpa dengan Anwar.
Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri sempat meluangkan masa mengunjungi bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz yang dikhabarkan kurang sihat.
Ukhuwah yang terbina sedikit sebanyak menyentuh hati dan kalbu umat Islam yang mahu melihat dua parti besar Islam dan Melayu ini duduk semeja berbincang hal agama Islam dan perpaduan Melayu.
Seperti biasa ada juga yang tidak selesa dengan pertemuan ini. Masih lagi segala macam tohmahan dan fitnah keluar dari mulut mereka terutama daripada ahli PKR dan DAP yang tidak gemar perpaduan seperti ini terjalin.
Mungkin kerana ini jugalah DAP mendesak pakatan PKR supaya menendang PAS keluar dari pakatan mereka.
Mungkin kerana ini jugalah Anwar begitu berhati-hati dalam menjaga mulut daripada terus menghina PAS secara umum. Sedangkan semasa dalam UMNO, Anwar adalah salah seorang yang bermulut lancang mengutuk segala macam tindakan PAS untuk menegakkan negara Islam.
Cukuplah persengketaan yang terjadi selama ini.
Sudah tiba masanya umat Islam bersatu.
Sudah sampai waktunya pemimpin Islam bergabung.
Insya-Allah
Alhamdullilah...
ReplyDeleteUmno kena berhati2 dgn game parti setan ni...ulamak2 setan mmg kita sedia maklum hala tuju perjuangan mereka ke mana...mrreka cuma melacurkan agama demi kuasa politik supaya dpt membaham projek2 dan hasil mahsul negeri2...mereka ini tidak akan teragak2 meletakan segala masalah yg bersangkut dgn hudud selepas ini ke atas tengkuk umno...ulamak2 setan ni Jika umno x bethati2 akan sng2 mereka baham dan d kutuk dlm setiap ceramah tin.milo...xcaya nanti tgk je laa...bibit2 dh ada tgk je MP Sepang...
ReplyDelete