Friday, March 14, 2014

PENIAGA PASAR MALAM SUNGAI SEKAMAT DIHALAU KERAJAAN NEGERI!! #PRKKAJANG

DALAM manifesto bagi PRK Kajang yang dibuat oleh Wan Azizah dan suaminya ada menyatakan yang jika Wan Azizah atau Jijah menang di Kajang, Jijah akan memastikan pembangunan anak muda dan usahawan kecil di kawasan yang dimenanginya. Ini selaras dengan penglibatan anak muda dalam sektor usahawan kecil terutama bumiputra.

Namun beberapa hari sebelum itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melalui surat yang bertarikh 7hb Mac 2014 mengkehendaki para peniaga pasar malam yang berniaga di sepanjang jalan Kg. Sungai Sekamat mengosongkan kawasan itu kerana didakwa mengganggu lalu lintas.

Adakah ini yang dikatakan negeri berkebajikan? Adakah ini permainan Jijah dan suami untuk mendapatkan sokongan rakyat dengan menindas terlebih dahulu peniaga Melayu dan akan menyelesaikan masalah tersebut setelah menang PRK Dun Kajang?

Betapa terhinanya penduduk Kajang. Dijadikan mangsa politik Jijah dan suaminya semata-mata mahu memenuhi nafsu serakah mereka demi kuasa.


Dalam surat yang ditunjukkan oleh para peniaga pasar malam Kg. Sungai Sekamat, mereka diarahkan MEMBERHENTIKAN AKTIVITI PERNIAGAAN mereka. Surat yang berupa ugutan ini ternyata punyai agenda tersendiri apabila hanya ketika menghampiri pilihanraya kecil barulah penguatkuasaan ini dilaksanakan.

Sudah tentu Jijah dan suami kekeringan isu untuk menyalahkan kerajaan pusat dan seterusnya akan kelihatan menjadi hero di mata pengundi Kajang dengan menyelesaikan masalah tersebut.

Taktik lama yang kerap dilakukan oleh pihak pakatan dengan menindas rakyat terlebih dahulu sebelum muncul menjadi penyelamat kepada keadaan. Menjadi oksigen ketika rakyat tidak dapat bernafas. Inilah taktik paling jijik dalam berpolitik.

Tetapi sampai bila rakyat Kajang hendak menjadi mangsa keadaan?

Sampai bila rakyat Kajang mahu menjadi balaci dan kuli?

Fikirkan.

"CHEW MEI FUN UNTUK RAKYAT KAJANG"


1 comment:

  1. dulu pasar mlm tu kat depan..spanjang jln utama..then pindah ke belakang..ada 1 kawasan lapang sikit...

    dah bertahun pasar mlm tu..since aku sek kat kajang..1996...

    dah bertahun2 br ada rasa sesak kat sana? bukan hari2 pun..hr khamis aje...

    -smh-

    ReplyDelete

comment please.....