Konco-konco ku

Friday, January 3, 2014

LALUAN KARPET MERAH KEPADA KRONI ADUN SABAK!! AKHIRNYA DAPAT JAWATAN!!

CERITA panas yang baru aku terima dan setelah diselidik rupanya ada kebenarannya. Baru-baru ini Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) ada membuat sesi temuduga bagi mana-mana calon yang telah terpilih bagi beberapa jawatan yang kosong di PBT ini. Salah satunya adalah jawatan Jurutera MDSB (J41).

Adalah lebih kurang 15 orang calon yang layak untuk sesi temuduga selepas pihak MDSB meneliti segala dokumen yang diserahkan bulan lepas. Ada yang baru habis belajar, ada yang mahu balik kampung dan ada juga yang telah kerja sebagai jurutera selama 10 tahun memohon juga untuk menukar angin.

Ini termasuklah Pegawai Khas kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa merangkap ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi iaitu Fidaus Ahmad (28 tahun).

Mengikut sumber dalaman MDSB, sebenarnya nama Firdaus Ahmad telah terkeluar dari senarai pendek nama calon untuk ditemuduga kerana kekurangan dokumen salinan sijil lisan. Secara tidak langsung permohonan beliau terpaksa ditolak.

Walaubagaimanapun, atas kuasa politik yang ada pada beliau selaku Pegawai Khas kepada Exco Selangor, tiba-tiba saudara Firdaus Ahmad muncul dalam sesi temuduga walaupun senarai nama calon bertarikh 19 Disember 2013 tiada nama beliau. Dengan rasa tidak bersalah beliau hadir untuk temuduga walau tiada nama beliau dipanggil oleh urusetia.

Pada hari Isnin 30 Disember 2013, satu mesyuarat khas bagi menentukan jawatan telah diadakan dan Firdaus Ahmad ditawarkan jawatan J41 dengan bersyarat (kemukakan sijil lisan) barulah lantikan akan dilakukan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah calon simpanan bagi jawatan J41 ini adalah individu yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang kejuruteraan sedangkan Firdaus Ahmad hanya berpengalaman menyampaikan ceramah politik dan sebagai kerani di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sabak selepas habis belajar 4 tahun yang lalu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bukan hendak mempertikaikan kelayakan beliau kerana memang benar beliau layak kerana lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, tetapi jika hendak dibandingkan dengan yang sudah bekerja lebih 10 tahun menunjukkan yang beliau masih mentah dalam kerja-kerja kejuruteraan ini.

Adakah wujud kronisme dalam pengambilan jawatan MDSB? Atau adakah Ahli Majlis yang 100% berpaksikan kepada pakatan haram terpaksa menerima lantikan Firdaus Ahmad hanya kerana beliau Pegawai Khas kepada Exco Selangor?

9 comments:

  1. Mana aci main tipu..tapi biasalah PAS/PKR akan kata dah rezeki dia..tapi yang memilih takkan buta mata kot..yelah faham ikut arahan..berjawablah diakhirat nanti tentang amanah yang diberikan..

    ReplyDelete
  2. Senangla ADUN nak dapat projek nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Begitu lah tikus membaiki labu,kalau beri kuasa pada mereka,rakyat juga yg akan mampus nanti,keluar dari mulut buaya masuk kemulut naga .Aku dah lama tak percaya pada puak Pakatan ni.

    ReplyDelete
  4. Mmg cibai la kalau demikian...lps ni ada jalan rosak, parit tersumbat mmg rezeki pau haram ni la...dh yb sengal...dpt jurutera pun sengal.....experience ceramah jer..besok apa2pon rosak ko salahkan bn.... org lebih pengalaman mdsb jahanam tolak tepi..mmg jahanam la korang

    ReplyDelete
  5. dulu...umno dan bn adalah setan bertopengkan manusia. kini bila pr dapat gantikan umno, setan pulak menjadi penasihat mereka. begitulah lumrah hubungan manusia dan setan.

    ReplyDelete
  6. Firdaus rakyat sabak bernam malaysia,bukan bangla atau indon,..apa yang salah kalo dia jadi jurutera kat majlis sabak bernam.dewasalah sikit,dulu umno macam tuh pulak,sama je.INI KALILAH,.......

    ReplyDelete
  7. Tp cara dptkn kije mgalahkn bangla atau indon dluar sna.. Sedara aku yg kije MDSB pn xdpt sbb dirg cantas xbg org dlm yg layak naik..ape punya cer la..dhla dia smbung part time utk dptkn degree..yg bwajib ptt siasat.

    ReplyDelete
  8. Siapa panel penemuduga?...yang arif bebenor 2....adakah berdasarkan kelayakan atau kepentingan...hanya mereka yang tahu...

    ReplyDelete
  9. kena berfikiran positif sikit.. fanatik fanatik juga

    ReplyDelete

comment please.....