Tuesday, January 7, 2014

KELANTAN ROBOH GEREJA OK, SELANGOR SERBU GEREJA TAK OK!!!

Mungkin ramai yang tidak sedar, atau pun telah terlupa dengan keberanian Kerajaan PAS Kelantan merobohkan gereja orang asli di Gua Musang pada tahun 2007.

Perobohan ini kerana kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa ia dibina secara haram serta tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Dalam mengulas polisi Kerajaan Kelantan terhadap pembinaan gereja, Berita Harian pernah melaporkan,

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri menghalang pembinaan gereja Orang Asli di Hulu Kelantan kerana ia ingin dibina di atas tanah yang tidak dibenarkan.   
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan rumah ibadat itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan perundangan.  
"Gereja Orang Asli ini dibina atas tanah tidak diizinkan oleh kerajaan negeri, kalau buat atas tanah sendiri saya izin, kita ada peraturan dan banyak tokong dibina sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rujuk di SINI.

Setelah menunggu hampir seminggu untuk mengetahui keputusan kerajaan negeri Selangor dalam hal serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Malaysia, akhirnya Sallehin Mukhyi, Exco Hal Ehwal Islam Selangor akur dengan titah Sultan Selangor tentang tindakan JAIS yang merampas bible dalam bahasa Melayu.

Hal ini sejurus selepas perjumpaan tertutup Sallehin Mukhyi bersama Lawrence Andrew yang turut membawa wakil rakyat Kristian, Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Xavier Jayakumar (Adun Seri Andalas) membincangkan beberapa perkara supaya Pengarang The Herald itu SENYAP.

Mungkin ada kira-kira dibelakang kenyataan Sallehin Mukhyi. Mungkin juga jika Lawrence Andrew tidak menggunakan lagi kalimah Allah dalam urusan agamanya, maka PAS Selangor bersepakat memberi keizinan untuk pembinaan sebuah gereja di kawasan orang Melayu di Tanjung Karang, Selangor.

Mungkin ramai orang Melayu di Tanjung Karang sudah bertukar agama kepada Kristian, oleh itu tidak mustahil sebuah gereja didirikan di Pekan Tanjung Karang. Sedangkan mengikut statistik yang diperolehi, komuniti penganut kristian di Tanjung Karang hanya sekitar 2%.

Apa guna sebuah gereja besar di Sekinchan yang boleh memuatkan lebih kurang 1000 orang pada satu-satu masa? Jarak dari Tanjung Karang ke Sekinchan bukanlah hingga beratus kilometer tetapi oleh kerana sengaja hendak mencabar keharmonian agama Islam di sana, PAS bersetuju dengan cadangan pembinaan gereja ini.

Jangan terkejut jika lepas ini negeri Selangor akan bertukar agama rasmi negerinya sendiri hingga menidakkan fungsi Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.

3 comments:

  1. di Kelantan PAS gah dgn TOKONG

    di Selangor PAS gah dgn GEREJA

    di Kedah PAS gah ROBOH rumah Allah

    di Perak PAS gah DERMA TANAH utk KOMUNIS

    PAS benar2 pembawa panji Islam....TAKBIRRRRrrrrrr!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Hai penyokong penyokong PAS, tahniah dengan Tagline "Ini kali lah" - UBAH dari yang dikatakan tak baik kepada yang lebih teruk. Kalimah Allah, bible, gereja, murtad dan kenaikan segala macam cukai di Selangor. Tahniah.....
    Takbirrrrrrrrrrrrrr,

    ReplyDelete
  3. Tahniah PAS,

    ko lah sebenar2 barua kat Selangor ni,

    ReplyDelete

comment please.....