Friday, December 27, 2013

PUTERI UMNO SUNGAI BESAR HULUR BANTUAN PERSEKOLAHAN!!

TANPA mengira fahaman politik, Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar terus menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

Ketua Puteri UMNO Sungai Besar, Widia Wati Abuzar berkata, soal perbezaan fahaman politik tidak pernah wujud dalam pengagihan bantuan, sebaliknya bantuan akan diberikan sama-rata tanpa sikap prejudis.

Menurutnya, sperti pada program baucar 'Back to School' di Parlimen Sungai Besar, seramai 150 penerima bantuan terdiri dalam kalangan penerima berlainan ideologi politik.

"Bantuan yang diberikan ini bukan hanya untuk ahli UMNO semata-mata, tetapi kita buat semakan terlebih dahulu bagi memastikan mereka yang layak sahaja dibantu bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Mengulas mengenai program itu, Widia Wati berkata, sasaran penerima program itu adalah terdiri daripada murid yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah rendah.

"Kita beri baucar sebanyak RM60 dan mereka boleh buat pembelian di Pasaraya Karnival Sungai Besar untuk membeli barangan kelengkapan sekolah," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

comment please.....