KADANG-kadang lawak dengan fitnah yang dilemparkan oleh barisan pemain siber dari pihak pembangkang yang saban hari saban waktu ada sahaja fitnah yang direka dan berjaya disebarkan oleh para pengikut mereka.
Entah berapa banyak dosa aku pun tak dapat nak agak bagi puak pembangkang ni. Entah agama apa yang mereka anuti sehingga tidak langsung merasa takut untuk melakukan dosa terhadap sesama Islam.
Yang lebih pelik adalah hanya pemimpin dari UMNO sahaja yang menjadi sasaran pemfitnah siber pembangkang. Hanya sebahagian pemimpin yang mereka lihat kuat dalam UMNO sahaja yang akan menjadi sasaran mereka.
Baru-baru ini pula, satu fitnah besar yang dilemparkan kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia pula menjadi mangsa selepas para perancang fitnah membelasah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu Mat Sabu pengamal Syiah.
Entah dari mana penabur fitnah mendapat quotes kata-kata Ahli Parlimen Kemaman ini berkenaan mewujudkan Jabatan Facebook Negara kononnya bagi mengekang aktiviti fitnah pembangkang dari facebook.
Punyalah dahsyat permainan mereka hinggakan tidak sampai 24jam, isu ini menjadi satu bom jangka sehinggakan mendapat respon dari Menteri itu sendiri.
Cukup-cukuplah fitnah wahai puak pembangkang. Jangan gadaikan negara hanya kerana fitnah semata.
saya cukup sakit hati.Bab fitnah satu hal...bab usaha untuk bagi penerangan pada rakyat bagi pihak pemerintah,pula satu hal.Kenapalah lemah sangat kerajaan hari ini.MANA SEMANGAT JUANG KITA?
ReplyDeletepemfitnah bermaharajalela...sedangkan tiada siapa yg bangun mempertahankan fitnah sehingga menampakkan ia mmg benar2 berlaku..kelemahan kerajaan yg ketara
ReplyDelete