KERANCAKAN Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini meriah dengan terkeluarnya kenyataan panas dari Pengerusi Biro Media Baru yang dilantik oleh KJ. Beliau yang sebelum ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia di sisi Khairy Jamaludin mengatakan bahawa menjadi satu kesilapan besar untuk membayar blogger. Jika tidak dibayar mereka akan hentam kita pula. Biro Media Baru di bawah Ibdil dikatakan akan mencari sukarelawan yang sanggup berkhidmat kepada parti secara sukarela. Itu antara kenyataan beliau.
Dalam kekecohan suasana ini tiba-tiba muncul pula beberapa blogger yang dikatakan telah dibayar oleh Ibdil sendiri untuk divert isu beliau. Ibdil sendiri yang kata blogger ini tidak perlu dibayar namun yang hairan beliau sendiri terpaksa mengupah beberapa orang blogger untuk mempertahankan beliau. Nama setiap blogger yang cuba menangguk di air keruh biarlah dirahsiakan. Tak sanggup nak dedah sebab memang antara kawan-kawan juga yang gelap mata bila dibayar.
Di mana sukarelawan pejuang maya Ibdil? Jika isu sekecil ini pun tidak dapat counter semula dimana kelayakan beliau? Adakah dengan hanya bermain twitter dan INSTAGRAM isu ini akan menjadi sepi?
Berbeza dengan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar seperti laporan MyKMU.net;
Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar, “golongan ‘blogger’ mampu memberikan dan menyebarkan maklumat sahih dan betul bukan sahaja kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat, tetapi juga sebagai usaha mematahkan serangan dakyah dari pihak pembangkang. Sebenarnya, kita banyak menghadapi masalah berkenaan dengan pengumpulan maklumat dan persepsi.”
“Contohnya pihak pembangkang banyak memainkan isu-isu berkenaan konsultan, subsidi gula, kenaikan tarif elektrik, kita memainkan peranan bukan sahaja sebagai media massa, media sosial tetapi juga bloggers yang harus diperkasakan supaya segala maklumat yang ada kita sampaikan kepada masyarakat apabila pihak pembangkang memainkan isu-isu ini,” kata Jamawi ketika ditemu bual semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Media Baru (BMB), Ibdillah Ishak dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa ada pihak yang tersilap langkah membayar ‘bloggers’ untuk membantu perjuangkan UMNO adalah satu kesilapan kerana ia boleh menjadi masalah apabila pihak terbabit tidak lagi membayar.
Bagi Jamawi, golongan ‘blogger’ adalah salah satu usaha yang sangat jitu untuk membantu kerajaan UMNO mengekalkan kuasa memerintah di negara ini.
Merujuk kepada ucapan dasar dari Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang menyatakan jumlah pengundi baru pada tahun 2017 bakal meningkat iaitu sebanyak 6 juta orang, Jamawi memberitahu majoriti pengundi baru itu adalah golongan muda yang menggunakan blog dan media sosial lain sebagai bahan rujukan berkaitan isu politik.
“Presiden telah menyatakan tahun 2017 ada sebanyak 6 juta pengundi baru dan pengundi baru adalah muda yang menjadikan bahan dan informasi dari media sosial dan blog sebagai bahan rujukan. -MyKMU
Jadi, dimana rasionalnya kenyataan Ibdil selaku Pengerusi Biro Media Baru ini? Nampaknya Ketua Penerangan Pemuda lebih memahami fungsi dan kerja pejuang maya UMNO berbanding ketua bironya. Bukan semua perkara mahukan duit untuk berjuang tetapi perkara ini perlu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang buat kerja.
Kita tengok lepas PAU ini siapa pula yang hebat menghentam kerana dikhabarkan Ibdil telah membayar sejumlah wang kepada barisan blogger hebat.......
Burppp...hehehe
ReplyDelete