Konco-konco ku

Thursday, October 3, 2013

PELIK!! PEMBANGKANG TOLAK AKTA PENCEGAHAN JENAYAH!!

HAIRAN dan pelik apabila ada sebahagian pihak pembangkang yang bersungguh-sungguh untuk menolak Akta Pencegahan Jenayah atau 'Precaution of Crime Act' yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 September yang lalu.

Mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan sikap pembangkang sejak dua menjak ini apabila menjadikan PDRM sebagai mangsa kerana dikatakan bertindak terlalu kejam dengan penjenayah. Tetapi mereka tidak sedar yang anggota PDRM juga menghadapi ancaman yang besar apabila berdepan dengan penjenayah ini.

Kenapa rakyat terutama dari pembangkang begitu terdesak menyokong penjenayah dengan cara ingin menghapuskan PCA?? Adakah mereka tidak mahu hidup dalam negara yang aman??

Kerajaan persekutuan bersedia untuk mengkaji bantahan mana-mana ahli Parlimen berhubung pemindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang sedang dibahaskan Dewan Rakyat hari ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kementeriannya juga tidak menolak untuk PCA dibawa ke Jawatankuasa Pilihan bagi diteliti dengan lebih mendalam.

"Walaupun ada beberapa klausa yang diminta pembangkang, NGO dan Majlis Peguam, ia akan diteliti. Kami bersikap terbuka sebenarnya meneliti beberapa perkara munasabah untuk dilakukan pindaan di peringkat jawatankuasa. 

"Jangan tutup pintu kata kerajaan tidak sedia dibincangkan. Kami akan bincang di peringkat jawatankuasa. Ada berapa cadangan," jelasnya ketika ditanya di perkarangan lobi Parlimen.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata kementeriannya merasakan PCA perlu dibahas secepat mungkin lantaran ia adalah akta yang penting.

"Perbahasan akan dibuat selepas bacaan pindaan, saya fikir oleh kerana ini rang undang-undang pindaan amat penting walaupun beberapa pihak rasa bahawa ia perlu ditangguhkan. 

"Memandangkan keperluan terhadap pelaksanaan mereka yang ditahan tidak dapat dibawa ke mahkamah oleh sebab belum ada pindaan, maka pindaan ini mesti diluluskan. Ya, ia sedia ditambah baik," jelas Zahid. 

Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini menuntut untuk PCA dibawa ke Jawatankuasa Pilihan atau ditangguh pembentangannya. 

Mereka selain itu turut membangkitkan soal kekangan masa untuk membahaskan 11 RUU dalam masa tiga hari.

Persidangan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas (2013) akan berakhir 3 Oktober ini.

2 comments:

  1. Obamacare pun kalau dilihat dari sudut pandang republikan telah dikatakan sosialis tetapi pada pandangan marhaen AS ia adalah skim yang prihatin terhadap penjagaan kesihatan rakyat terbanyak.

    Ini menunjukkan bagi apa jua perkara, pembangkang akan melihatnya dari sudut yang lain (hak golongan minoriti) sementara penguasa akan melihatnya dari sudut lain (hak majoriti rakyat).

    Dalam konteks demokrasi perbezaan pendapat akan berterusan, namun apabila ianya sudah diluluskan oleh majoriti dewan, semua pihak harus budiman untuk menrimanya dan bergerak ke hadapan.

    ReplyDelete
  2. NAK BUAT MACAMANA , MAK BAPAK DIA ORANG TU KAN SUKUSAKAT SAMSENG .

    ReplyDelete

comment please.....