ANWAR Ibrahim yang dalam PRU13 yang lepas kerap kali menyebut perkataan undi popular yang sepatutnya memihak kepada beliau namun akhirnya Barisan Nasional masih mengekalkan kuasa dengan kemenangan undi 133 daripada 222 kerusi parlimen.
Dalam pemilihan UMNO kali ini, setelah menggunakan sistem yang baru akhirnya UMNO terpaksa menggunakan undi popular bagi menentukan siapa yang benar-benar layak menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda Malaysia apabila dua orang calon iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat jumlah undi yang sama iaitu 73.
Apakah keputusannya?? Kita sembelih lembu dulu......
KUALA LUMPUR 14 Okt - Keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno akan diketahui selepas Aidiladha berikutan dua calon mendapat keputusan seri.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, pihaknya akan membuat kiraan dengan menggunakan kaedah undi popular untuk tentukan kedudukan dua calon tersebut.
"Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, calonnya Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat 73 undi.
"Jadi kaedah untuk tentukan kedudukan jawatan itu akan ditentukan dengan pengiraan semula jumlah undi berdasarlan undi popular yang diterima mereka," katanya ketika sidang media di Bangunan Umno di sini.
cara ini sama mcm beri peluru @ bola tanggung pada Anuar & pembangkang....tak caya...???? tunggu la lepas melapah lembu nanti abis.....
ReplyDelete