Kerajaan negeri bersedia membuat siasatan berhubung pendedahan laporan audit mengenai pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB).
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya perlu berbincang dengan PKINK terlebih dulu sebelum membuat sebarang ulasan berhubung perkara itu.
“Oleh kerana ia dilaporkan audit, kami kena bincang dengan PKNIK laporan itu bagaimana. Kami buat siasatan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Jabatan Audit Negara menegur LTSB kerana membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian.
Audit antara Julai hingga September 2012, mendapati pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan.
Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011, peningkatan RM930,00 juta berbanding 2010 serta tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan negeri, selaku pemegang saham sejak 2009 berikutan kerugian.
Namun, audit mendapati LTSB mengeluarkan bonus pada 2009 4.5 hingga lima bulan gaji. Pada 2010, ia membayar bonus tujuh hingga lapan bulan gaji, manakala pada 2011, bonus lapan hingga 11.5 bulan gaji.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan bersetuju mewartakan tanah kerajaan di dua kawasan sebagai tapak perkampungan Orang Asli.
Katanya, ia membabitkan tanah seluas 592.81 hektar di Jeli dan 233.61 hektar di Gua Musang untuk dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
“Keputusan kerajaan ini sekali gus menolak tuduhan tertentu mengatakan kita tidak mengambil berat terhadap Orang Asli.
“Kami mewartakan dua lagi tempat perkampungan Orang Asli,” katanya.
TUANIBRAHIMMTUAN MAN NAK BUAT DEMO BESAR BESARA DI DEPAN PEJABAT NI. GELIGA DAN HEBAT OTAK DIA.
ReplyDeleteITULAH KALAU DAHNTERLALU PANDAI, SEMUT NAMPAK, GAJAH BUAT TAK NAMPAK.
TAK CERDIK BETUL PEMIMPIN ISLAM NI.
Meteri besar baru, kerja pun kena buat cara barulah! Sila siasat pendapatan kesemua anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kesemuanya menjalankan perniagaan pembangunan tanah diseluruh negeri Kelantan dengan cara JV dengan syarikat-syarikat tempatan tetapi didalangi oleh Cina-cina Perak, Johor dan P.Pinang.
ReplyDeleteSetelah lebih 20 tahun membotakkan seluruh hutan Kelantan, segala jenis kayu yang boleh disifatkan sebagai bal;ak telah habis. Kini yang tinggal tunggul dan tanah kosong. Terkini, berbondong-bondong pulak broker tanah mengatur Kerajaan Negeri memajak dan menjual tanah kepada syarikat lombong cina. Habis balak, korek tanah pulak.
Tapi bacaan aku, diakhir sekali, balak habis, tanah habis, duit habis, rakyat terlopong juga dan terpaksa hijrah keJohor jual tomyam dan kasut bundle...sementara menunggu mati dan dijanjikan sorga leh Nikki Ajis.