Konco-konco ku

Thursday, June 13, 2013

SETIAP POST MORTEM PILIHANRAYA, PENGAMAL MEDIA SOSIAL PRO-BN DIPERSALAHKAN!!!

HARI ini sudah masuk sebulan 8 hari pilihanraya umum ke-13 telah berlalu. Setiap parti komponen dalam Barisan Nasional waima setiap agensi kerajaan masih terusan membuat post mortem berkenaan keputusan pilihanraya yang mana walaupun BN menang namun keputusan tidak dapat dicapai dengan 100% kerana tidak mendapat 2/3 kerusi parlimen Malaysia. 

Sehingga hari ini, para pemimpin masih bercakap tentang kekalahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Faktor pengundi Cina, pengundi muda malah jentera siber (cybertroopers) pro-BN menjadi perbualan bukan sahaja di kedai kopi malah di setiap mesyuarat parti. Hanya pandai mengenang nasib apa yang sudah terjadi tanpa memikirkan apakah strategi yang bakal diambil dalam masa terdekat ini untuk mengembalikan sokongan rakyat supaya BN dilihat masih lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Post mortem... Post mortem... Post mortem...

Aku tak berminat nak menyentuh pasal pengundi Cina kerana faktor mereka 'swing' kepada pembangkang adalah MCA dan GERAKAN sudah tidak relevan lagi dengan masyarakat Cina yang dilihat lebih bersifat mementingkan kekayaan di bumi Malaysia berbanding kesepakatan dalam bermasyarakat berbilang kaum. Kaum Cina sedia maklum amat menjaga bangsanya sendiri dan lebih dilihat bersatu jika hendak dibandingkan dengan kaum Melayu. Tetapi jangan juga dinafikan yang sokongan pengundi kaum Melayu terutama di kawasan luar bandar juga meningkat dengan mengambil contoh negeri Kedah yang majoriti kaum Melayu menyokong calon dari UMNO dan Barisan Nasional.

Tinggalkan dahulu tentang pengundi kaum Cina yang tidak menyokong BN. Mereka sekarang sedang malu dengan orang Melayu kerana cita-cita mereka untuk merampas Malaysia dengan slogan 'Ini Kali Lah' sudah terkubur dan mereka mula sedar yang mereka sudah tertipu dengan propaganda yang dicipta oleh Anwar.

Aku cuma nak menyentuh tentang peranan media sosial yang kerap kali disebut pada setiap post mortem yang aku ikuti. Aku bukanlah sesiapa dalam media maya jika hendak dibandingkan dengan pengamal dan pejuang-pejuang media sosial yang lainnya. Tetapi baca dahulu apa yang ingin aku sampaikan. Jika ada mana-mana pemimpin yang tidak ada masa untuk membaca harap para pembaca blog sampah aku ni sampai-sampaikan lah kepada mereka supaya mengambil iktibar dari keputusan PRU13 yang lepas.

Sebenarnya aku terasa terkilan dengan sikap pemimpin BN sendiri yang terus-terusan menyalahkan pejuang media sosial yang katanya jentera siber pro-BN tidak dapat menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. Mereka meletakkan kekalahan di Selangor khususnya totally kepada para bloggers/facebookers/twitterjaya yang menyokong mereka tanpa mereka sedar yang semua pejuang-pejuang ini bukanlah dibayar oleh BN. Mungkin... Mungkin... Mungkin ada yang dibayar tetapi para pemimpin masih tidak boleh meletakkan kesalahan kepada kami semua. Segala isu, info untuk menangkis fitnah perlulah dari pemimpin itu sendiri. Jika pemimpin pun senyap dengan isu yang timbul bagaimana kami para pengamal media sosial yang ikhlas membantu BN hendak melenyapkan segala isu? Kenapa pemimpin tidak menjawab terlebih dahulu isu yang timbul dan menyerahkan bulat-bulat isu yang muncul kepada para bloggers/facebookers untuk dijawab? Siapa yang hendak bertanding dan menjadi pemimpin ni?

Pengamal media sosial pro-BN ini punyai kumpulan-kumpulan yang tersendiri seperti Petubuhan Media Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat), Unit Media Baru Pemuda Malaysia (UMB), Kumpulan Menyokong UMNO (MyKMU), 1Agenda, Ocean's13, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, dan pelbagai lagi kumpulan-kumpulan kecil pejuang media maya. Ada yang mendapat pembiayaan dan ada yang bergerak secara sukarela tanpa menerima apa-apa dana serta peruntukan. Tetapi yang lebih malang ada golongan-golongan parasit yang menggunakan nama-nama bloggers/facebookers untuk menuntut dana sedangkan pemilik akaun tidak pernah menerima sesen pun dana dari pemimpin yang mengaku membiayai mereka. Ini lah masalah besar yang terjadi hingga ada yang merajuk hinggakan memerli kerajaan BN sendiri malah tidak terkecuali PM yang tidak tahu apa-apa.

Perkara ini sebenarnya yang harus dibendung. Jika ketidakcekapan jentera maya pro-BN dipersalahkan, parti harus mencari dari mana punca masalah tersebut. Jangan terus menuding jari kepada kami para pejuang maya yang berjuang secara ikhlas. Habuan apa yang kami terima sebelum dan selepas PRU13? Nothing....

Barisan Nasional haruslah mencari satu kaedah dan jalan untuk mengumpulkan pejuang maya ini jika mereka benar-benar ikhlas untuk membantu. Bukan semua pejuang maya ini punyai pendapat yang tetap. Mereka berjuang adalah kerana sayangkan parti. Tetapi pemimpin mereka berjuang adalah kerana sayangkan duit hingga dibiarkan pejuang yang tiada nama ini terpinggir dan dinafikan hak mereka sebagai ahli parti. Pemimpin perlu mengambil langkah drastik dan tersusun supaya pejuang-pejuang ini terasa dihargai. Bukanlah hanya sekadar membuat program yang menelan belanja puluhan ribu untuk mengumpulkan pejuang maya tetapi akhirnya mereka tetap berjuang atas dasar 'IKHLAS'. Selepas pulang mereka masih lagi perlu mencari nafkah untuk keluarga masing-masing. Perlu meneruskan hidup untuk terus hidup. Ada juga sahabat-sahabat pejuang yang kerjanya hanya mencari besi buruk dan tin kosong tetapi oleh kerana semangat cintakan parti mereka tidak pernah mengeluh berhabis ratusan ringgit setiap bulan untuk membayar bil broadband demi parti yang tercinta. Jadi, apa penyelesaian selepas buat program perjumpaan bersama PM? Nothing again.......

Pihak parti atau agensi janganlah terus menyalahkan pejuang maya ini. Jika tiada input atau info bagaimana mereka hendak menjawab fitnah dan sebarkan berita-berita penting kepada rakyat terutama golongan muda? Fikir dan rangka strategi untuk membantu pengamal media sosial pro-BN supaya mereka semua boleh berjuang 'IKHLAS' untuk kemenangan calon-calon Barisan Nasional. 

2 comments:

  1. Moving forward, maju kehadapan kita lupakan sahaja Cina bangsat tu dan kita bergerak langkah dengan memperkasakan bangsa sendiri dan membina tamaddun dan bangsa yang berteraskan Islam ( namun bukan didalan acuan PAS)

    Cina akan pupus dan mereka tidak sedikit pun akan membantu kita. Dan pemimpin seperti Najib juga industry captains seperti Nazir dan Azran harus dipinggirkan....

    ReplyDelete

comment please.....