Wednesday, June 12, 2013

RUMAH URUT SEMAKIN BERCAMBAH SELEPAS PRU13!!

ISU berkenaan rumah urut ni memang sudah lama kami para pemerhati jalanan rungkaikan. Semakin lama kerajaan pakatan memerintah Selangor sejak 2008 yang lepas, setiap tahun malah setiap bulan ada sahaja beberapa premis yang menawarkan urutan ala Bali & Thai termasuk pakej urutan batin semakin membiak. 

Ini bukan isu main-main, ini adalah tanda moral rakyat Selangor semakin tercemar dengan pelbagai papan-papan tanda serta iklan-iklan haram yang digantung di serata Selangor. Selangor bagaikan lubuk emas dan syurga bagi sang lelaki si hidung belang. 

Lambakan rumah urut langsung tidak mendapat perhatian kerajaan negeri untuk mencari jalan bagaimana hendak membanterasnya secara menyuluruh. Syabas dan tahniah kepada rakyat Selangor yang pandai memilih kerajaan yang mampu menjadikan negeri yang kaya dengan hasil industrinya bertransformasi kepada negeri SYURGA rumah urut dan betina-betina kaberet.

Ini adalah kenyataan yang harus ditelan dan jangan hanya dikemam. Satu resolusi harus difikirkan oleh kerajaan pakatan dalam membendung gejala negatif ini dari terus menular. "Kalau nak matikan pokok, cantas dahulu akarnya.". Itu adalah antara perumpamaan yang sesuai buat Khalid Gagap. Pemimpin DAP adalah dalang dalam pusat urut yang semakin membiak ini. Hapuskan dahulu para pemimpn DAP yang mempunyai SHARE besar dalam industri urut ini sebelum hanya menyerbu dan memberi denda kepada pemilik premis.

Buatlah sekerap mana pun. Serbulah walau semua rumah urut di Selangor. Jika masih ada lagi pemimpin DAP yang berada di samping Khalid Gagap, perkara ini tak akan pernah selesai. Percayalah.

1 comment:

comment please.....