Singapura menerusi Population White Paper mempunyai rancangan penambahan penduduk yang begitu tersusun. Sasaran Singapura adalah untuk mencapai jumlah penduduk seramai 6.9 juta orang menjelang 2030. Pada tahun 2011 sahaja penduduk Singapura telah bertambah seramai lebih 600 ribu orang atau 12.9%. Ini menjadikan penduduk Singapura sekarang adalah 5.18 juta orang. Pertambahan penduduk pada kadar 12.9% setahun adalah suatu pertambahan yang amat besar. Purata kadar pertumbuhan penduduk dunia hanyalah sekitar 1.8% setahun sahaja sementara untuk negara kita Malaysia kadar pertumbuhannya adalah 2% setahun.
Adalah amat mustahil sesebuah negara dapat menambah penduduk pada kadar yang amat drastik sekali sebagaimana apa yang berlaku di Singapura. Dari mana Singapura mengimpot bangsa cina untuk menambah penduduk di pulau tersebut? Ianya adalah dari Taiwan dan Tanah Besar China. Hari ini sehingga setakat Julai 2013 jumlah penduduk Singapura akan mencapai 5.46 juta orang (anggaran oleh CIA). Dengan penduduk seramai 5.46 juta orang Singapura berada ditempat ke 105 dalam senarai jumlah penduduk negara-negara di dunia. Sementara dari segi keluasan pula Singapura berada pada kedudukan 192 dunia.
Keluasan pulau Singapura hanyalah 697 km persegi, tidak sampai separuh keluasan Negeri Melaka atau ianya sedikit lebih kecil dari keluasan Negeri Perlis yang jumlah penduduknya tidak sampai 250,000 orang. Masalah Amat Besar Singapura dalam menjayakan dasar penambahan penduduk ini tiada lagi lagi TANAH untuk menempatkan penduduk dan tiada lagi TANAH bagi membuka kawasan perindustrian dan perdagangan baru bagi menampung keperluan penduduk yang luar biasa jumlahnya ini. Begitu juga dengan masalah perbekalan bekalan asas seperti air dan tenaga elektrik yang sememangnya suatu beban berat bagi negara pulau tersebut.
Apa yang paling menarik ialah Singapura memerlukan TANAH DAN AIR MALAYSIA. Hasrat Singapura boleh dicapai melalui kerjasama belakang tabir mereka dengan parti cina DAP secara khususnya dan PAKATAN RAKYAT amnya. Justru itu kita tidak hairan jika dalam pru yang lepas parti PAP dari Singapura bertungkus-lumus membantu PAKATAN RAKYAT.
Mengapa pakar strategy negara kita tidak membaca gerak mereka ini. Atatu kita terlalui dibuai oleh Ah Ngok Jib, terlalu mendewakan Cina.
ReplyDeleteBertindak segera dan pastikan tanpa sebarang alasan lagi yang ekonomi dipegang oleh Melayu/Islam/Bumiputra dan pastikan negara MAlaysia dibangunkan mengikut acuan Melayu...