Thursday, May 23, 2013

KEMENANGAN 133 KERUSI PARLIMEN BN, BUKTI KETUA PENGARAH BTN 'TURUN PADANG'!!

MALAM ini aku nak berkongsi cerita kepada semua pembaca yang sudi menjadi peneman dikala luahan hati aku ini tiada siapa yang nak dengar. Bukanlah aku nak menidakkan tindakan sesetengah agensi dalam kepimpinan Najib Razak tapi hanya sekadar mahu menegur dan menambah baik apa yang aku rasa kurang. Tidak mengapa kalau tidak mahu mendengar luahan hati yang lama terpendam semenjak sebelum pilihanraya lagi tapi aku tetap mahu menulis untuk kebaikan semua pihak. Aku bukan siapa-siapa yang mahukan apa-apa balasan cuma terasa ingin menyampaikan hasrat hati yang telah lama dihalang oleh 'suara ghaib'.

Sedia maklum sekali lagi Barisan Nasional dibawah kepimpinan Najib Razak berjaya mengekalkan kerajaan persekutuan Malaysia sebanyak 133 kerusi parlimen walaupun tidak berjaya merampas kembali Selangor dan hanya Kedah kembali dipangkuan BN. Syabas atas pengorbanan dan keprihatinan Najib Razak yang tidak jemu turun ke kawasan-kawasan yang rakyat mahu lihat Perdana Menteri ini terus berkhidmat untuk Malaysia. Tetapi itu hanyalah kerja keras Najib Razak sebagai orang no.1 negara. Bagaimana pula dengan salah sebuah agensi yang diletakkan betul-betul di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kalau nak bercerita pasal satu agensi ni sampai ke sudah tak akan selesai, cuma mahu bertanya kepada Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) yang dilihat sejak memegang jawatan tersebut, agensi ini semakin hari semakin malap dengan ketegasan dan kelantangan BTN seperti suatu masa lalu. 

Masih teringat sekitar tahun 1998, aku pernah mengikuti kursus BTN di Ulu Kenas, Kuala Kangsar yang aku rasakan seperti NERAKA dunia waktu itu. Dengan cakap-cakap dan cerita barisan peserta kursus yang pernah mengikuti kursus BTN, mereka mengatakan yang program-program dalam BTN begitu bersifat nasionalis dan mementingkan semangat Melayu dan mempertahankan maruah bangsa Melayu dan Tanah Air. Dengan aktiviti kerohanian, kenegaraan, fizikal serta mental yang ditekan hampir setiap hari selama seminggu membuatkan ada segelintir peserta yang menangis, pengsan, dan bersumpah tidak mahu pergi lagi. Tetapi itu hanyalah sebilangan peserta yang baru pertama kali mengikuti kursus tersebut, walhal setiap peserta kursus BTN yang telah melepasi setiap seksaan dalam program pastinya akan terkesan dan punyai semangat yang kental demi mempertahankan maruah sebuah negara. Pengalaman yang cukup berharga bagi seorang rakyat Malaysia yang masih punyai jiwa mempertahankan negara. Tetapi itu semua dahulu sebelum tampuk Ketua Pengarah BTN bertukar individu 'hebat'.

Kini, segalanya telah berubah. Semenjak kedatangan Ketua Pengarah yang bernama Raja Arif Raja Ali atau nama panggilan manjanya RARA, tiada lagi program-program kenegaraan yang 'tegas' diaplikasikan dalam setiap kursus yang dianjurkan. Tiada lagi seksaan mental, tiada lagi semangat jati diri Melayu, tiada lagi sifat mempertahankan negara. Semuanya telah diubah kepada yang lebih lembut selembut Ketua Pengarahnya. Kursus BTN yang kita kenali bersifat tegas dan menyentuh jiwa telah ditukar kepada kursus yang bersifat lebih sekadar melepaskan batuk di tangga. Tiada nilai kenegaraan yang diterapkan dalam setiap diri peserta kursus. Cuba kaji kembali atau imbas kembali apa yang BTN lakukan untuk mengukuhkan semangat 1Malaysia dan mengeratkan perpaduan Melayu di Malaysia. Adakah Ketua Pengarah kali ini takut dikatakan RASIS oleh pihak pembangkang? Sekadar pandangan.

Masih tidak mahu aku nak menyentuh soal dana yang diturunkan kepada agensi Biro Tata Negara ini bagi membantu Najib Razak dalam kempen pilihanraya 13 yang lalu. Ke mana perginya dana tersebut yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat supaya imej Barisan Nasional kembali kuat dan bersih di mata masyarakat. Salah guna kuasa? Itu mengikut pertimbangan masing-masing.

OPS1M (Program Sembang Rakyat 1Malaysia) yang digerakkan oleh BTN disalahgunakan oleh Raja Arif. Jelas kelihatan. Memang benar, Ketua Pengarah turun padang, tetapi turun padang golf mengira lubang-lubang dipadang luas terbentang adalah lebih penting dan mustahak berbanding turun ke padang untuk mendengar luahan hati dan rungutan rakyat. Rakyat tak tahu kalau ada program apa pun, rakyat pun tak tahu bila program tersebut dilaksanakan. Apa yang penting dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat telah disalahgunakan kepada lubang-lubang padang golf. Cuma bertanya kepada empunya badan benarkah?

Bukan nak menuduh cuma mohon penjelasan dan pencerahan. Apakah fungsi sebenar BTN sekarang? Kalau tidak mahu menjawab tidak mengapa, ini hanya sekadar pandangan dan luahan dari seorang rakyat tepi longkang kepada seorang 'tokoh tersohor negara'.

7 comments:

  1. BTN telah diserang hebat oleh Pakatan Rakyat. Lagu anak kecil main api yg sinonim dgn BTN pun diperlekehkan dalam ceramah Anuwar Ibrahim. Memang tak dinafikan kursus seperti tak ada lagi. Dulu cikgu2 ramai yg terlibat dgn BTN dan jadi sahabat BTN. Sekarang ramai yg dah jadi sahabat Pakatan Rakyat. Jangan salahkan Ketua Pengarah BTN tak turun padang. Semua negeri ada pegawai2 nya. Mana mampu nak turun semua. Kalau KP BTN turun lagi hebat tuduhan BTN tu agen UMNO dan dana diguna oleh UMNO. Jadi kita kena faham lah. Saya rasa apa yg dilaksanakan tu sudah dimaklumi oleh pm pun,. Jangan lah kita nak tuduh yg bukan bukan. Kalau pm rasa dia ni kena ganti, maka org lain akan gantim KP BTN. Serah kepada pimpinan. Menteri pun bolegh tukar, apa susahnya sekadar KP BTN.

    ReplyDelete
  2. TUAN RARA ni bukan PM Dato Najib tapi Sahlan Nasution...

    ReplyDelete
  3. inilah KP BTN yang paling tidak berguna..ritmak

    ReplyDelete
  4. Blogger Jawa Bernam ni memang mengaji tak habis...ashik fitnah orang je...lebih baik anda perbetulkan tempat anda cari makan tu...serang red bean army lagi baik, tapi anda tak boleh menulis in English, Mandarin apa lagi? Jawa BErnam ni kena baca buku lebih sikitlah...maaf ye anak muda Jawa Bernam yg saya tahu asal usul mu!, setiap gerak mu aku aku ikutlah bodo...KP mana2 agensi main golf pakai duit sendirilah, green fee tu, sikit benar...budak dangkal..

    ReplyDelete
  5. hangpa silap tu, RARA tu adik dia, doctor pakar kat HUKM..KP BTN DARA...Datuk Raja Arif bin Raja Ali, anak Tengku Ali yg tuntut tahta kesultanan trg tu, .. Itupun kalu U percaya blogger Sanggah Tok Guru tulis dan dikutip oleh juak2 nya...Tok Janggut lah...kesian saya lihat bloggers pro umno.... Info banyak yg silap..sebab tulah kalah lawan Red Bean Army... FYI, bapak kpd DARA ni, org tua kg, dah pencen, drebar tali air, DID yg bawak mesin RB ...

    ReplyDelete
  6. sial la korang ni...kalau BTN tidak lagi menjalankan kursus kenegaraan tidakkah anda berasa pelik? Sebagai orang melayu yang kerhja dgn kerajaan susah tentu aku rasa ganjil..jadi apa peranan BTN dalam membantu PRU dulu? kalau banyak sangat anwarinas dalam BTN...DSNajib Zahid Hamidi patut ambik tahu..kena ingat BTN yang berfungsi akan meletakkan kita orang Melayu ketingkat yang lebih tinggi...kalau setakat nak mengira lubang golf..lebih baik letak jawatan!! ADA FAHAM??

    ReplyDelete
  7. Man jadda wa jada

    ReplyDelete

comment please.....