Tuesday, May 21, 2013

JAWATAN MENTERI KDN BUKAN TIKET TUNJUK KUASA?? PAS DAH TAKUT!!!

Belek-belek laman portal milik pembangkang pagi ini maka terbacalah satu artikel menarik yang dikeluarkan oleh Harakahdaily yang bertajuk "Jawatan Menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa". Walau tajuk nampak macam biasa namun bagi aku yang merupakan rakyat marhaen yang berkehidupan asal dari longkang berjaya menarik perhatian aku yang mahukan negara Malaysia ini akan terus aman hingga bila-bila.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mempertikaikan ketegasan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan himpunan 'Black505' yang kononnya mahu membantah penipuan yang berlaku dalam pilihanraya pada 5 Mei yang lalu.

Apa-apa hal pun aku sokong tindakan Zahid Hamidi yang dilihat tegas dalam menjalankan tugasnya. Aku sangkal sekeras-kerasnya dakwaan Nasrudin yang mengatakan jawatan Menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa. Jawatan Menteri KDN memang bukan tiket tunjuk kuasa tetapi tindakan tegas dan kelantangan Zahid Hamidi dalam menangani isu ini adalah bukti yang beliau sedang bekerja untuk rakyat. Beliau bekerja untuk mengekalkan keharmonian dalam negara Malaysia ini. Jadi apa masalahnya?

Nasrudin juga berkata yang perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini seperti Bersih tidak pernah berlaku keganasan. *gelak kejap ~ Dah sah-sah Nasrudin tak pergi ikut berhimpun semasa Bersih 3.0 yang mana ada anggota polis yang cedera parah, kereta polis di terbalikkan, polis ditendang bersama motornya dan ada anggota keselamatan yang pulang dengan darah berlumuran dikepala. Itu masih belum boleh kira sebagai keganasan ke? Kalau belum, KEGANASAN bagaimana yang cuba Nasrudin maksudkan?

Berhimpun beramai-ramai dengan niat untuk menggulingkan kerajaan melalui jalanan adalah bukan aspirasi semua rakyat Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia masih mahukan keamanan dan masih berharap kepada Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang mana 133 parlimen dimenangi oleh BN manakala PR hanya memperolehi 88 parlimen sahaja. Suara rakyat yang macam mana pihak pembangkang mahu dengar? Suara majoriti atau minoriti?

Kalau betul ada rasa tak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kenapa perlu ada perhimpunan jalanan yang boleh menggugat kestabilan negara. Kenapa tidak dimajukan sahaja surat bantahan atau dokumen lengkap bersama bukti penipuan (jika ada) terus kepada pejabat SPR. Minta mereka penjelasan dan jika masih tidak berpuas hati berhimpun sahajalah di hadapan pejabat SPR. Kenapa perlu turun di jalanan Kuala Lumpur bagi menyemakkan penglihatan dan melambangkan negara Malaysia ini tidak aman?

Sudah kalah tu kalah laaaa... Sedangkan Menteri Besar Kelantan yang baru pun tak merestui perhimpunan jalanan, inikan pula ahli biasa. Ciri-ciri seorang muslim sejati tu kan kena redha dan bermuhasabah diri dan kaji kembali sebab kekalahan, bukan nya terus melancarkan himpunan jalanan yang bakal menyusahkan orang ramai yang mencari rezeki di ibu kota. Ini namanya menzalimi manusia lain. 

Tindakan tegas Zahid Hamidi kena pada tempat dan masanya. Jika tak dicegah aku percaya akan berlaku perkara buruk malah lebih dahsyat dari Bersih 3.0. Jangan tertipu dengan agenda Anwar dan DAP yang mahukan Malaysia ini menjadi sebuah negara republik. Negara demokrasi, kalau masih nak rampas negara susun strategi dan rampas lah semasa PRU14 akan datang. Sekarang adalah masa untuk bekerja, bukan untuk berdemo meratap kekalahan pilihanraya. Fikirkan.

23 comments:

  1. Bukan tunjuk kuasa. Menjalankan tugas & tanggung jawab. Kena le tegas. Anda sebagai bapa juga perlu ada ketegasan pada anak anak dan sebagai suami ketegasan pada isteri. Kita semua akan dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin di hadapan allah. Samalah juga bapa menteri.

    ReplyDelete
  2. Berdemo secara aman....? Yang terbalikkan kenderaan Polis tu siapa...? adakah penyokong UMNO....? Kepala Hotak Ketua Pemuda Pas....!

    ReplyDelete
  3. Bagi beruk2 ni makna demokrasi hanya diambil melalui 4 huruf pertama iaitu 'demo', bangang!!

    ReplyDelete
  4. Ramai dikalangan rakyat lagi takut kalau menteri yang ini pun jadi macam Menteri Amaran je ! cakap besar sapa pun boleh.....tindakan ?

    ReplyDelete
  5. Nasarudin Hasan ni pandai tapi bahlol. Ada ke org buat perhimpunan aman??. cuba mintak dia tunjukkan dah berapa banyak perhimpunan yang "AMAN" yg telah berjaya dianjurkan oleh PR (PAS/PKR/DAP).AMAN sangatkah perhimpunan tersebut??. cuba lihat, berapa banyak harta benda yg musnah dan berapa ramai org yg tergendala urusannya kerana perhimpunan AMAN tersebut.

    ReplyDelete
  6. Selama ini memang Kerajaan berlembut agar lembut juga yang dibalas sehingga ISA dimansuhkan segalanya. Tetapi tidak pada Pembangkang membuatkan Kerajaan serba salah untuk mengambil tindakan dan Rakyat yang cintakan aman dan damai kecewa dgn tindakan Pembangkang yang menunjukan belang politiknya umpama menegok air sambil menyelam. Sudah sampai masanya utk Kerajaan berkeras agar mereka Pembangkang ini diambil tindakan undang2 sedangkan PRU sudah tamat pun masih ada tomahan, hasutan dan rusuhan untuk menentang Kerajaan. Sampai bila dan adakah dgn bantahan PRU itu menjadikan periok nasi kita berasap. Syabas DS Zahid Hamidi. Sudah sampai masanya untuk DS menunjukan kekerasan dan ketegasan untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Mesti ler tunjuk kuasa..takkan nak bagi amaran ajer...

    Bagi tanah je DAP pun atas dasar kuasa..takde kuasa tak jadi..

    Pork Nik tak dapat perkenan Tuanku jd MB sebab kuasa Sultan..

    Polis nak tahan/tangkap orang sebab kuasa yg diperuntukkan..

    Kenapa keluar video Stopa..itu kuasa Allah..

    Yang takde kuasa ialah unit amal PAS...!

    ReplyDelete
  8. Kalau nampak kanak kanak nakal main api dalam rumah tak kan bapak asyik tengok senyum aje? Amaran tentu ler tak sesuai waktu tu. Kalau asyik amaran aje memang terbakar le rumah tu bang oiiii.Dah terbakar tak beguna dah.... Jalan yang paling baik bagi pelempang kat dia lain kali jangan main main api. Pencegahan lebik baik dari mengubati tak ke gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, kita bagi pelempang jer kat 'budak-budak' tu dengan bapak dia sekali..

      Delete
  9. kalau masih bodoh dan tongong, mai aku habaq kt hang sikit. sikit ja sebab otak hang ni asyik sibuk 25 jam sehari menyibuk berpolitik. BN menang atas mandat yg diberi oleh rakyat. menteri KDN dilantik untuk menjalankan tugas. kalau hang jd menteri KDN apa yg akan hang buat? hang nk biar ada kumpulan2 yg tak puas hati sebab kalah pilihanraya buat kacau bilau sampai kerajaan yg dilantik oleh rakyat tak boleh tumpukan 100% utk bekerja? otak hang letak kt lutut ka kt tumit? oh ya, hang dh jd wakil rakyat. kerja hang hanya menceceh mengomel pasal politik sahaja? bila hang nk turun padang baik pulih apa sahaja yg rosak dan buat yg baru bagi kawasan hang? tunggu dekat2 pru14 nanti? sudah2 la pikir nak merampas kuasa secara jalanan (kononnya hanya dipadang, esok2 melarat sampai ke jalanraya dan akhirnya ada yg sampai terbunuh!!!). hang patut seru semua wakil yang dipilih oleh rakyat mula bekerja untuk rakyat yg memilih... (panjang pulak nasihat aku, tak pakai semua takpa, pakai sikit sudah, sebab hang memang bengap!!!)

    ReplyDelete
  10. ketua pemuda pas harapkan serban atas kepala sebesar bakul, tp otak yilek! bercakap sebagai barua dap boleh la!

    ReplyDelete
  11. Ape punya mangkuk si baghal nih! Jawatan Menteri tu memang la datang dgn kuasa! Tak tunjuk kuasa tu maknanya tak buat keja la! Ko nak orang dapat jawatan lepas tu tido?

    ReplyDelete
  12. Nasruddin Hassan ni bebal juga orangnya...
    Mana ade demontrasi jalanan yang aman.
    Kalau ade penipuan, penyelewengan atau apa-apa lagi mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR, undang-undang membenarkan tetisyen dibuat dan buktikan dakwaan, bukannya demontrasi jalanan tak tak bertamadun.
    Mana ade dalam tamadun moden ni demontrasi jalanan boleh guling atau tentukan kerajaan...

    Nasruddin ni takde otak ke?

    ReplyDelete
  13. Cakap pakai kepala lutut.......macam mana bole jadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  14. Kalau dah rasa SPR menipu, bubar Parlimen Temerloh dan buat pengundian semula...ada berani?...memberontak hanya pada pada kerusi yang kalah...kerusi yang menaNG SEMUANYA spr BAGUSSSSSSSSSSSS....low class politik punya PR...HAKKKKKKKK PTUIHHHHHHHHH

    ReplyDelete
  15. nasib la orang2 temerloh yg pi pangkah si nasarudin bongok ni...cakap je berdegar2 ..hampas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang temerloh bodoh? orang temerloh balas dendam? orang temerloh bengong? orang temerloh cerdik sebab dpd pangkah saipudin yg goblok baik pangkah serban nasrudin hasan...

      Delete
  16. Kalau dah tau tabir aje negeri yang PR menang tak perlu heboh2 macam babi .

    ReplyDelete
  17. Kata pada tentaik tindakan tegas Zahid & KDN bukan mengenai memukul, menyembur air & melepaskan gas pemedih mata tapi satu tindakan untuk menguatkuasakan undang2 supaya tidak berlaku lagi polis terpaka menyembur air & melepaskan gas pemedih mata.

    Kalau apa aku perkatakan tidak difahami tentaik, memang sah dalam kepala otak ko penuh dengan taik tentaik, hehehehe

    ReplyDelete
  18. MENTERI KDN wajib TEGAS melaksana/menguatkuasa segala atoran dan undang-undang (tidak terketar-ketar memberi amaran), jika tidak mampu pikul tanggungjawab akan jadi MENTERI pikul SAMPAH.

    PEMBANGKANG yg gila nak berkuasa, tunjuk samsing dan melanggar undang-undang (TAK RETI UNDANG2 ???).

    PEMBANGKANG yg gila berpesta dijalan raya ikut telunjuk siapa baruah???

    ReplyDelete
  19. kalau x salah apa nak takut awe oiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  20. KALAU NAK IKUT TEORI HANGPA MAMPUS LAH SAMPAI KALIMAH ALLAH PUN NAK KENA JUAL..AKU MENYAMPAHLAH TENGOK MUKA MAMAT NI

    ReplyDelete
  21. Bodoh punya ketua pemuda hamPAS...kalau tak nak kena ambil tindakan oleh KDN...maka jangan diturutkan sangat nafsu sarakah ko.....patuhilah undang-undang negara.

    ReplyDelete

comment please.....