BLACKOUT 505! Ya...Demonstrasi rakyat Malaysia yang kononnya mahukan keadilan dalam pengiraan undi pada PRU13 yang lepas yang mana semua peserta demonstrasi ini adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim yang berkata Pakatan Rakyat menang undi popular dalam pilihanraya 5 Mei yang lepas tapi dikatakan telah dirampas kemenangan oleh Barisan Nasional kerana 'pengundi hantu'.
Sungguh relevan, sungguh logik apabila Anwar Ibrahim berkata bohong kepada para penyokongnya yang bangang. Mereka dibutakan mata, dipekakkan telinga hingga tidak sanggup menerima kekalahan yang Pakatan Rakyat tidak dapat memerintah Malaysia berdasarkan undi popular yang mereka perolehi. Undi popular tidak membawa kemana jika majoriti rakyat Malaysia masih percaya pada kepimpinan yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional.
Hasutan demi hasutan dibuat untuk rakyat turun kejalanan dan seterusnya melakukan provokasi terhadap kerajaan yang ada untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi. Ini semua telah dijangka sejak dari awal lagi pembebasan Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh. Selepas zaman reformasi 1998, Anwar dan beberapa think tank nya telah memikirkan pelbagai strategi untuk membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. Ya! Dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengheret rakyat yang berperangai monyet turun ke jalanan. Ini strategi Yahudi Anwar yang mencontohi gerakan Arab Spring hingga tertumbangnya kerajaan sedia ada.
Itu hal merekalah nak turun ke jalanan dengan berpakaian hitam. Tetapi apa tugas Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia? Apa fungsi mereka untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada?
Kita masih tertanya-tanya adakah Hishamudin yang masih lagi memegang tampuk KDN? Apakah strategi utama yang dirangka untuk beliau menggunakan kuasa yang diberikan bagi membanteras kekecohan yang tercetus? Sayangnya apabila seorang menteri yang dilantik yang dipercayai boleh menanggung tugas berat ini tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Takut imej tercalar. Takut undi berkurang. Takut dianggap keras. Semua jadi takut kerana RAKYAT melihat! Tapi perlu diingat, majoriti RAKYAT masih lagi memandang tugas sebenar Hishamudin jika masih kekal di KDN yang hanya berpeluk tubuh membiarkan keharmonian negara direntap oleh orang-orang yang tidak tahu bersyukur.
Mohon Najib pertimbangkan semual keputusan yang telah dibuat. RAKYAT sudah melihat keberkesanan Hishamudin selama duduk di kerusi empuk KDN yang hanya menunggu dan melihat kekecohan tanpa jalan penyelesaian. RAKYAT juga melihat dan menilai bagaimana cara bekerja Hishamudin yang begitu dijaga rapi oleh sepupunya Najib Razak. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Kita bukan nak menjatuhkan pemimpin yang sedia ada cuma transformasi terhadap kepimpinan dalam BN perlu dilakukan segera. Biarlah Hishamudin jadi Menteri penuh sekalipun, kami masih lagi menyokong namun bukan sebagai Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya menjaga keamanan negara dengan tindak tanduk yang bernas dan tidak meresahkan RAKYAT yang lain. Yang turut serta berdemo hanya segelintir, kenapa tidak ditahan? Owh lupa....takut kredibiliti terhadap rakyat tercalar. TAKUT..............
Fikirkanlah.
kau ni xbaca blog orang..dah ada jawapan.. baca sini http://harapan-esok.blogspot.com/2013/05/jawapan-untuk-perhimpunan-haramjadah.html
ReplyDeleteJulia Gillard PM Australia dan David Cameron PM United Kingdom kedua-dua mereka kalah dalam undi popular, tetapi masih menjadi PM dinegara masing-masing kerana seperti Malaysia mereka mengamalkan sistem westminster, pemenang adalah yg memperolehi kerusi terbanyak..
ReplyDeleteKalau bapok ni jadi menteri KDN lagi aku haramkan tangan aku pangkah BN. Faham??? Sebab dia la Cina bangsat dah naik tocang...
ReplyDelete